Monday, January 31, 2011

Monday, January 24, 2011

You Raise Me Up...



When I am down and oh my soul, so weary

When Troubles come and my heart burdened be

Then I am still and wait here in the silence

Until you come and sit while with me

You raise me up so I can stand on mountains

You raise me up to walk on stormy seas

I am strong when I am on your shoulders

You raise me up to more than I can be

You raise me up so I can stand on mountains

You raise me up to walk on stormy seas

I am strong when I am on your shoulders

You raise me up to more than I can be

You raise me up so I can stand on mountains

You raise me up to walk on stormy seas

I am strong when I am on your shoulders

You raise me up to more than I can be

You raise me up so I can stand on mountains

You raise me up to walk on stormy seas

I am strong when I am on your shoulders

You raise me up to more than I can be

You raise me up to more than I can be

Thursday, January 20, 2011

Tuesday, January 18, 2011

Sejarah Tinggal Sejarah ...


Salam,

Sejak 1992, aku dalam GPMS masuk tidak dijemput keluar tidak pernah dihalau. GPMS merupakan tempat pertama aku belajar berdikari. Bermula di sana sebagai peserta, tidak pernah terfikir akan memegang jawatan tertinggi dalam GPMS. Menjadi peserta merupakan satu nikmat yang tidak boleh dibelajar mana-mana tempat. Mungkin orang lain jadi peserta itu biasa, bagi aku luar biasa dalam usia muda lagi telah menjadi peserta. Tapi pengalaman yang pertama datang ke Institut GPMS merupakan perkara yang aku belajar, akan takut, seram dan macam-macam. Tapi kawan-kawan sebagai peneman dan rakan yang menghilangkan ketakutan yang ada.

Tahun demi tahun aku pelajari pelbagai pengalaman dalam Institut GPMS dengan beberapa OTAI dalam GPMS yang gelarkan diri mereka Biro Badan Bertindak. Tidak dinafikan kehebatan mereka. Bagus dari segala-gala. Sehinggakan aku dipilih untuk menyertai Biro Badan Bertindak (BBB) ketika itu.

Semasa dipilih kita rasa bangga kerana antara ramai-ramai kawan-kawan aku yang menyertai kursus Kem Bina Remaja seramai 400 orang ketika itu, aku salah seorang yang terpilih. Tapi apakan daya, aku tidak diiktiraf oleh 'mereka' kerana aku anak didikan orang lain. Aku bersyukur dipilih dan dibuang oleh 'mereka' sendiri. Aku teruskan perjuangan aku sejak 1992- 2011. Dibuang atau membuang itu perkara biasa yang berlaku dalam persatuan. Tapi itu merupakan pengajaran yang aku belajar secara tidak langsung dalam persatuan. Kita beranggapan orang suka tapi sebaliknya. Aku banyak belajar dari 'mereka' sehingga segala senjata luar dan dalam aku telah masak. Apa nak buat, bila aku di tempat yang bukan di tempat sepatutnya ramai pula teringin pula ditempat ini. Tapi, apa-apapun sudah ketentutan Illahi, aku patut bersyukur, dahulu aku anggap sebagai, abang dan kakak aku, sekarang sudah menjadi sebaliknya. Bagi aku satu ujian yang perlu aku hadapi.

Dalam tempoh aku sambungkan pelajaran aku, aku tinggal sementara GPMS ini. Sekembali aku ke sana, aku jadi seperti biasa teruskan kehidupan dalam GPMS. Datang awal, kemas dewan, masakkan air, keluarkan dapur dan gas, kemas surau serta bermacam-macam lagi tanpa disuruh oleh sesiapa di GPMS. Aku pernah mengajar kelas Komputer di GPMS tapi putus ditengah jalan. Sebab komputer dah kena sebat..... . Tapi perjuangan aku di GPMS datang seorang diri, ajar budak-budak sekitar Kampung Changkat Larang dan Kampung Seri Rahmat. Pengerusi GPMS Perak yang lalu Tuan Haji Zainal Abidin bin Mohd Noor selama 32 tahun memengang jawatan tersebut. Sehinggalah diserahkan kepada aku, aku terima dengan kerendahan hati untuk membawa GPMS yang berbeda dan drastik dari segi perubahan dan keadaan program. Kita membawa aspirasi orang muda di bawah akta 668 iaitu Akta Pembangunan Belia dan Pertubuhan Belia 2007. Dimana pemegang jawatan dan ahli mesti dibawah 40 tahun. Tapi biasalah bila orang muda pegang, ada je orang dok buat kat belakang.

Cuma dalam aku tercari-cari ikon dan idola pemimpin ada seorang pemimpin lama GPMS yang disegani tarik aku keluar dari aku terkapai-kapai. Dari situ, pelbagai jawatan demi jawatan aku diterima dan dilantik. Jika tidak aku ibarat jaguh kampung, gah di tempat sendiri tapi diluar kita hanya kosong. Sejak tahun 2003, pengalaman pertama naik kapal terbang ke Maghribi selama 13 jam dalam kapal terbang satu pengalaman yang pertama yang takkan aku lupa. Apa-apa pun aku bersyukur pengalaman pertama aku belajar rezeki itu datang dari Allah. Kita sebagai manusia berusaha dan sentiasa ingat Allah itu yang Maha Berkuasa.

Maka, belajar terus belajar. Apa yang kita pelajari harus perkasakan ilmu pengetahuan, dan usah mengalah walaupun yang datang ribut taufan atau pun orang yang berbadan besar dan kosong. Kita teruskan perjuangan dalam memajukan anak bangsa. Siapa lagi yang akan gerakkan GPMS jika bukan kita!

KERIS PUSAKA BANGSA - PANGLIMA PERANG !

Meniti Perubahan

Salam,

Rintangan harus ditempuhi dalam kehidupan seharian. Rintangan ibarat kayu atau batang besar yang menghalang dihadapan kita, maka mahu atau tidak kita perlu tempuhi untuk ke seberang sana. Jika kita tidak menempuhinya maka kita tidak akan tahu bagaimana keadaan di sana. Sebelum meniti sesuatu titian, persediaan ke arah perubahan mesti dilakukan. Jika tidak, ibarat berperang untuk menyerah tengkuk untuk disembelih. Dalam meniti perubahan, makin ramai bakal menghalang usaha ke arah perubahan.

Ibarat Luqman Al Hakim dan anaknya membawa keldai. Apa yang dilakukan ditunggang salah, tak tunggang pun salah. Orang sekarang lebih cenderung mencari kesalahan dari membantu membina Perubahan. Tidak salah menegur, tapi seeloknya biarlah menggunakan medium yang terbaik menegur secara berhikmah. Selalu kita suka mencari titik perbezaan dari titik persamaan. Jika tidak perubahan yang dibina akan menjadi sia-sia. Saya menyedari, bila memangku sesuatu jawatan ramai akan mencari kesilapan kita sebagai pemimpin. Sebagai pemimpin harus tenang apa yang bakal dihadapi. Mahu atau tidak sebagai pemimpin mesti membawa bersama 'organisasi' ke arah perubahan.

Dalam meniti onak duri perubahan ini, mahu atau tidak kenalah "HADAP' segala permasalahan yang bakal kita bawa. Saya lihat beberapa perkara yang perlu kita hadapi iaitu 1. orang yang suka cari masalah dengan kita. 2. Organisasi akan menjadi satu liabiliti bukan sebagai aset. 3. Membina keyakinan diri dan orang lain perubahan yang cuba kita bawa adalah benar. 4. Kita akan rasainya bila sudah berada dalam 'organisasi'.

Semakin hari perubahan demi perubahan akan kita laksanakan. Saya akui banyak kelemahan yang perlu kita perbaiki dari segi meningkatkan diri dengan ilmu dan dekati diri dengan Allah. Bukan satu perkara mudah tapi ia merupakan proses berterusan dalam membina keyakinan diri dan Allah Maha Kuasa atas segalanya. Maka saya menyeru diri saya sebagai penulis supaya kita buangkan sifat mazmummah iaitu perkara yang tidak baik mengata, mengumpat, mengutuk dan macam-macam. Bila banyak salah orang yang kita cari, maka salah kita makin terserlah. Dari itu, betulkan kesilapan 'saya' dan hisab diri 'saya' dalam 'saya' mencari rentak pemimpin.

Meniti perubahan yang saya bawakan sentiasa sedar bahawa dunia ini bersifat sementara tapi menjadikan dunia tempat kita beribadat. Dalam 'organisasi' adalah tempat kita mengajak manusia ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Jika tidak mampu maka berdiam dirilah atau tidak perlu mencari kesilapan orang lain. Jika ada tegurlah cara berhemah...

Ada TIGA kategori manusia :-

1. Orang yang suka mencari kesilapan orang lain dan mencari salah orang lain BELIAU di kategori orang yang GAGAL.

2. Orang yang suka menceritakan sejarah yang lalu dan bangga dengan sejarah yang lalu BELIAU di kategori orang yang SEDERHANA.

3.
Orang yang membina visi dan misi untuk di bina satu perubahan dan dijadikan sejarah masa hadapan BELIAU di kategori orang yang BERJAYA.

Tidak perlu menunding jari siapa dan di manakah aku? Cari lah kekuatan kita sendiri untuk membawa 'ORGANISASI' yang kita sayangi kita ke puncak KEJAYAAN. Adakah kita masih bangga dengan sejarah yang lalu tanpa kita rasa malu akan sejarah yang bakal kita tinggalkan pada masa hadapan? Adakah kita sedar sejarah yang lalu akan tinggal sebagai sejarah? Bagaimana meniti masa hadapan tanpa sejarah yang kita ingin banggakan?

Fikir-fikirkanlah, renung-renung dan pandang-pandang....

Panglima Perang - Keris Pusaka Bangsa ku

Sunday, January 9, 2011

Tuesday, January 4, 2011

Bangun dari kegagalan

Salam,

Kejayaan merupakan idaman setiap insan. Tetapi setiap kejayaan kadangkala kita akan menempuhi kegagalan yang berbeza-beza. Kegagalan merupakan perkara yang paling menakutkan kepada setiap insan. Bagaimana kita menempuhi itu terpulang kepada situasi semasa. Tapi menempuhi kegagalan adalah nikmat yang paling berharga dan pengajaran yang paling besar. Sebab menempuhi kegagalan kita melihat akan kesilapan yang dilakukan dan merenung sejauh manakah kesilapan tersebut. Memang benar kesilapan itu merupakan pengalaman yang terindah sukar untuk dijual beli. Kegagalan, kesakitan, keperitan luar dan dalam adalah perkara yang tidak diingini setiap insan di dunia ini. Mahu atau tidak perlu kita 'hadapi'. Cara yang perlu kita hadapi itulah akan melihat kematangan seseorang itu untuk hadapinya.

Kegagalan merupakan ubat kepada kejayaan. Tetapi untuk menempuhi perlulah meningkatkan kesabaran, ketabahan dan ketaqwaan kepada Allah. Dalam surah Al-Baqarah, ayat 153, "Wahai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolong kamu, Sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang bersabar". Tapi sediakah kita untuk menghadapi dugaan yang melintasi kegagalan? Adakah kita sudah pasti untuk menerima pelbagai dugaan? hhmmmm... itulah yang bermain dalam fikiran saya selama ini. Mungkin pembaca pernah mengalami situasi yang ibarat roda yang berputar-putar. Kejap di atas, kejap di kiri atau kanan kadangkala kita di bawah. Tapi bila kita dibawah kadangkala insan sukar untuk menerimanya. Sebab itu kita perlu menerima qada dan qadar Allah. Tapi mampukah kita?

Resepi berani untuk hadapi kegagalan yang asasnya untuk kita menghadapi sebarang kemungkinan. Mana tidaknya setiap kesilapan dan kesalahan akan diletak di bahu kita. Tapi mampukah kita? Memang benar, kejayaan sudah pasti menanti. Kaedah untuk mencapai mestilah dengan ketekunan dan kesabaran. Tapi ramai dikalangan orang tidak akan senang apa yang telah kita kecapi. Mahu atau tidak berani untuk menghadapi sebarang kemungkinan merupakan resepi terbaik dalam mengolah kegagalan kepada kejayaan. Sebab itu saya rasakan kita perlu HADAP kata orang Perak.

Setelah menilai perkara kedua yang perlu ialah menolak tepi semua pandangan sempit dan meneruskan apa usaha yang telah kita buat. Semua orang sentiasa berpandangan sempit terhadap diri kita, walaupun kita ada kurangnya. Entahlah kenapa mereka bersifat demikian. Sedangkan kita melakukan usaha murni ini tidak dipandang, tetapi melihat kita dalam sudut perspektif yang sempit dan sendat. Itu kadangkala orang KITA susah hendak maju disebabkan nilai-nilai budaya orang KITA tidak diterap dan dihayati sepenuhnya. Saya terus berfikir...

Resepi ketiga, buang, singkir dan teranjang sifat NEGATIF serta tanam, tekad perkara yang positif dalam diri. Jika tidak dibuat begitu, macam-macam kita akan fikir apa kata orang yang begitu negatif terhadap diri kita. Bila diikutkan hati hendak ku cili saja mulut-mulut yang berbisa, tapi sabarkan separuh dari iman, maka bersabarlah. Nyalakan tekad padukan niat untuk kita hadapi dan memecah tembok-tembok yang ada dalam diri.

Resipi seterusnya akan saya siarkan sekali lagi dalam tulisan yang lain. Tunggu, saksi dan teruskan bersama melayari blog saya ini...

....

Sunday, January 2, 2011

Meneroka Perubahan


Salam,

2010, telahpun melabuhkan tirainya. 2011, mungkin atau mencipta satu kejayaan atau kemusnahan bergantung bagaimana kita mengatur langkah dan strategi. Semua orang mempunyai impian yang perlu dan ingin dilaksanakan. Maka, saya melihat penerokaan perubahan demi perubahan mesti dilaksanakan dengan segera.

2010, macam-macam yang saya perolehi. Pahit, manis, luka dan lara saya laluinya. Saya akui ada kelemahan yang perlu saya perbaiki. Merawat rohani dan perkasa peribadi saya ini. Sebab kita selalu melihat keburukan orang lain tanpa melihat keburukan yang ada di dalam diri. Kita menganggap diri kita ini sempurna, tapi rupanya ada kelemahan yang perlu dan mesti kita bersihkan. Kita sentiasa menuding jari kepada orang sedangkan yang juga berkait dengan diri kita. Rupanya bila sampai di puncak ramai melihat akan kelemahan diri kita. Buku yang pernah saya baca iaitu, Penawar Hati, ada menulis supaya pandangan musuh diambil kira agar kita lebih berhati dan jika benar buat perubahan jika tidak biarkan saja. Dari situ saya belajar untuk sabar dan bertahan dengan apa jua dugaan yang mendatang. Mana mungkin saya hadapi dugaan onak duri yang datang bertubi-tubi tanpa sokongan, dorongan dari insan tersayang iaitu isteri saya. Pada masa yang sama, sokongan dari orang-orang lama membuatkan saya teruskan perjuangan ini. Mahu atau tidak, saya perlu hadapi dengan tenang. Sebab seorang penyerang seharusnya tenang, diserang pun tenang, dan menyerang pun tenang.

Benar kata orang tua, ikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk, jangan ikut resmi lalang, semakin tinggi lupakan diri. Saya melalui proses peng'islah'an diri yang mana membetulkan pasak di bumi berdiri pada tanah yang nyata dan melihat bumi ciptaan Allah dengan mata hati yang perlu dilengkapkan keimanan dan ketaqwaan. Mudah disebut, sukar untuk kita laksana. Dalam proses meneroka perubahan dan mencari rentak Allah akan menguji hamba Nya. Macam-macam perlu kita lalui agar kita sentiasa sedar kekuasaan Allah. Allah yang bagi rezeki, Allah yang beri niqmat hidup, Allah yang bagi kita sembuh dari penyakit. Tapi Adakah kita ingat kepada Nya, sedangkan kita alpa dengan kehidupan dunia.... Sebab itulah, 2011 merupakan proses penerokaan perubahan dari biasa kepada yang baik, dari baik kepada yang lebih baik dan mengekalkan perubahan tersebut merupakan azam yang teguh.

Apa-apa pun sepanjang 2010, pelbagai pelajaran baru yang saya terima setelah kita sendiri tidak mahu belajar dari kesilapan lalu. Maka saya akhiri tahun 2010, biarlah dengan kenangan yang terindah yang tidak boleh diungkap dengan kata-kata. 2011, perlu bangkit dan agresif dalam meneroka perubahan diri, melihat diri sendiri dekat atau jauh dari Allah dan pelbagai kemungkinan yang patut saya pelajari.

2011, merupakan tahun yang bukan permulaan bagi hidup saya, tapi merupakan tahun mempertingkatkan keyakinan diri, menambahbaik kejayaan untuk diri, agama, bangsa dan Negara. Perjuangan alif, ba dan ta mesti diteruskan bagi meneroka ilmu Keris Pusaka Bangsa. Meletakkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain itu yang dahulu, kini membina setiap kemungkinan sebagai satu kejayaan itu sudah pasti. Biarlah apa orang nak kata, katalah, tapi saya mahu bangkit dari kelenaan yang saya lalui dahulu.

Bangkit, dan bingkas terus pastikan perjuangan yang kita bina dan mencipta satu kejayaan dilakar oleh saya sendiri. Menunding jari akan kesilapan orang lain bukan lagi aku. Aku sukar untuk diduga, sukar mengaku kalah. Ayuh Bangun, bingkas dan Serang !!!