Tuesday, May 29, 2012

Pembinaan Pasukan

Salam, 

Alhamdulilah, setelah sekian lama saya terhenti untuk menulis, terdetik hati ini untuk melontarkan luahan setelah melalui satu tempoh yang panjang. Betul saya akui selama ini saya rasa membina individu yang hebat salah satu kepuasan kita, tapi sebenarnya pembinaan itu sekadar pembinaan apabila hati jauh dari Allah. Setiap kali saya bina individu setiap kali akan hilang. Saya semakin risau setiap kali saya bina akan pergi ke tempat yang belum saya pasti. 

Maka, tahun demi tahun, bulan demi bulan, hari demi hari pembinaan individu yang berkarisma dan berkepemimpinan dibina akan hilang. Sebab saya sentiasa lupa, kita milik Allah. Kita risau akan kehilangan yang kita bina, sedang kita lupa Allah akan menggantikan lebih baik yang ada. Saya melalui proses tarbiyah yang panjang dari orang-orang lama serta berdasarkan pengalaman berkelana dinegeri dan negara orang. Dulu dan kini saya seorang pengikut, walaupun saya pemimpin pada persatuan yang saya pimpin tapi saya masih mengikut agar rentak yang ada tidak hilang.

Proses pembinaan individu saya tukar menjadi pembinaan pasukan. Saya tidak bergantung kepada 'seseorang' tapi saya perlukan pasukan. Walaupun 'Pasukan yang saya pimpin itu tidak hebat seperti dahulu, tapi saya puas kerana mereka mempunyai tingkah laku melaksanakan secara yang terbaik'. Ini yang saya perlukan selama ini. Setelah sekian lama, saya telah mendapat resepi yang terbaik, tidak semestinya kita perlu memiliki pasukan yang hebat tapi rapuh imannya. Baru ini saya memiliki pasukan yang saya tidak kenali latarbelakangnya tapi mereka laksana tugas dengan baik dan mengakui kesilapan yang mereka lakukan. 

Sifat sukarela yang tinggi menyebabkan saya perlu bertahan dengan sakit yang ada dalam diri. Pasukan ini menunjukkan sikap sukarela yang tinggi menyebabkan saya tidak untuk mengalah. Saya lihat setiap individu mempunyai potensi yang hebat. Dari situlah resepi baru ini saya menukar corak kepimpinan saya agar sesuai dengan keberadaan mereka. Jika melihat sejarah saya dahulu kebergantungan saya kepada seseorang menyebabkan saya rapuh untuk membina pemimpin pelapis. Tapi kini corak dan strategi yang digunakan ditukar untuk memudahkan saya bergerak kemana sahaja yang saya mahu. 

Delegasi tugas kepada individu dalam pasukan pada masa dan tempat yang betul menyebabkan keadaan pergerakan lebih pantas dari biasa. Jika tidak seseorang yang akan mengawal hingga kita mati idea untuk mengambil alih kedudukan sebenar. Alhamdulilah pembinaan pasukan yang dinamik menyebabkan tugasan yang berat diringankan disebabkan pasukan yang sepakat tanpa hasutan.

Saya rasa ramuan dan resipi ini bergantung bagaimana kita mengadun dari segi rohani, jasmani, emosi dan minda. Alhamdulilah ia menjadi. Saya akan mencuba sekali resipi yang sama pada orang yang berlainan.