Monday, July 26, 2010

BERSATU KITA TEGUH

Salam,


Sudah lama tidak menulis, kering idea tidak juga cuma kekangan masa dengan tugasan harian dan program demi program yang perlu dilaksanakan sebelum sampai bulan Ramadan Al-Mubarak ini. Bila saya kendali dan mengikuti beberapa kursus di Malaysia dan Korea saya lihat banyak perkara yang perlu saya baiki segera serta perkongsian ini sebagai satu renungan. Bukan apa, saya dicerca, diperli dan bermacam lagi tuduhan yang berlaku ke atas diri ini sebenarnya mematangkan fikiran dan tindakan saya. Alhamdulilah, dugaan sebenarnya akan memperlihatkan kematangan kita berfikir dan bertindak.


Memang tidak dinafikan bila ingin bersatu, jalan ke arah penyatuan akan nampak lagi ada belukar atau semak yang menghalang. Sedangkan denai yang telah disediakan tidak digunakan sebaik mungkin. Bagi mereka yang sedang atau terasa apa yang saya ingin sampaikan saya memohon maaf. Ada kalanya orang tidak kenal kita siapa dan apa yang kita lakukan selama ini. Terlalu banyak sangat stigma tentang diri kita ini menyebabkan kita selalu dipandang serong. DI pandang serong menyusahkan kita dalam melaksanakan tugasan harian.

Kita sebagai manusia tidak pernah terlepas atau lari dari membuat kesilapan. Kadangkala kita perlu paksa diri ini untuk melakukan kebaikan setidaknya menjaga diri ini. Tetapi ramai yang tidak sedar bahawa dengan memaksa diri di peringkat awal, secara tidak langsung ia akan menjadi perkara rutin. Dalam konteks BERSATU sepatutnya kita perlu faham dan sedar konteks perpaduan itu mesti ada satu kelompok atau individu itu memulakan. Jika kita lihat yang kita berhadapan itu lebih tua dari kita, sepatutnya kita yang muda patut mulakan. Sebagai penghormatan. Kadangkala manusia ini penuh dengan keegoan. Tapi seperti biasa, bila sesuatu kebaikan itu hendak dimulakan maka pelbagai hasutan dan bermacam jenis kata orang akan keluar. Tapi kita sebagai manusia, mesti tetap teguh pendirian kita, dan bermohon kepada Allah, agar keputusan yang kita bawa dan gerakkan niat mesti ikhlas.

Selalu perkara yang baik memang payah untuk kita mulakan. Selalunya kehendak dalaman diri kita yang mencipta andaian. Sebab terlalu banyak andaian lah kita payah nak bersatu. Saya juga terfikir kadangkala kita juga ada buat silap, tetapi kita mesti mengenepikan ego kita untuk memastikan tujuan dan hasrat bersatu itu dicapai. Bila saya melihat beberapa pertubuhan belia, pertubuhan silat dan bermacam lagi mengalami pepecahan yang kita tidak sangkakan. Maksud bersatu boleh ditafsirkan bermacam-macam analogi. Tapi bagi pembaca blog sudah bijak untuk menafsir. Terpulanglah bagaimana kita ingin buat keputusan yang bijak untuk pasti agenda perpaduan ini berterusan menjadi SATU Wadah perjuangan dimana kesannya akan mula dirasai.

Jika orang KITA sudah mula berpecah, kita akan menjadi seperti SEJARAH ANDALUSIA dan SEJARAH KEHEBATAN KOTA MELAKA. hanya sebab iri hati, pecahan dalaman dan seterusnya kita tidak mahu untuk bersatu maka hancurlah impian yang kita bina hari ini dan sebelumnya. Untuk masa depan, cucu cicit kita akan bertanya makakah kehebatan sejarah yang terdahulu, mungkin kita akan disalahkan disebabkan kita bongkar dan sombong untuk bersatu.

Pandang-pandang, renung-renungkan dan fikir-fikirkan...

No comments:

Post a Comment