Tuesday, January 18, 2011

Sejarah Tinggal Sejarah ...


Salam,

Sejak 1992, aku dalam GPMS masuk tidak dijemput keluar tidak pernah dihalau. GPMS merupakan tempat pertama aku belajar berdikari. Bermula di sana sebagai peserta, tidak pernah terfikir akan memegang jawatan tertinggi dalam GPMS. Menjadi peserta merupakan satu nikmat yang tidak boleh dibelajar mana-mana tempat. Mungkin orang lain jadi peserta itu biasa, bagi aku luar biasa dalam usia muda lagi telah menjadi peserta. Tapi pengalaman yang pertama datang ke Institut GPMS merupakan perkara yang aku belajar, akan takut, seram dan macam-macam. Tapi kawan-kawan sebagai peneman dan rakan yang menghilangkan ketakutan yang ada.

Tahun demi tahun aku pelajari pelbagai pengalaman dalam Institut GPMS dengan beberapa OTAI dalam GPMS yang gelarkan diri mereka Biro Badan Bertindak. Tidak dinafikan kehebatan mereka. Bagus dari segala-gala. Sehinggakan aku dipilih untuk menyertai Biro Badan Bertindak (BBB) ketika itu.

Semasa dipilih kita rasa bangga kerana antara ramai-ramai kawan-kawan aku yang menyertai kursus Kem Bina Remaja seramai 400 orang ketika itu, aku salah seorang yang terpilih. Tapi apakan daya, aku tidak diiktiraf oleh 'mereka' kerana aku anak didikan orang lain. Aku bersyukur dipilih dan dibuang oleh 'mereka' sendiri. Aku teruskan perjuangan aku sejak 1992- 2011. Dibuang atau membuang itu perkara biasa yang berlaku dalam persatuan. Tapi itu merupakan pengajaran yang aku belajar secara tidak langsung dalam persatuan. Kita beranggapan orang suka tapi sebaliknya. Aku banyak belajar dari 'mereka' sehingga segala senjata luar dan dalam aku telah masak. Apa nak buat, bila aku di tempat yang bukan di tempat sepatutnya ramai pula teringin pula ditempat ini. Tapi, apa-apapun sudah ketentutan Illahi, aku patut bersyukur, dahulu aku anggap sebagai, abang dan kakak aku, sekarang sudah menjadi sebaliknya. Bagi aku satu ujian yang perlu aku hadapi.

Dalam tempoh aku sambungkan pelajaran aku, aku tinggal sementara GPMS ini. Sekembali aku ke sana, aku jadi seperti biasa teruskan kehidupan dalam GPMS. Datang awal, kemas dewan, masakkan air, keluarkan dapur dan gas, kemas surau serta bermacam-macam lagi tanpa disuruh oleh sesiapa di GPMS. Aku pernah mengajar kelas Komputer di GPMS tapi putus ditengah jalan. Sebab komputer dah kena sebat..... . Tapi perjuangan aku di GPMS datang seorang diri, ajar budak-budak sekitar Kampung Changkat Larang dan Kampung Seri Rahmat. Pengerusi GPMS Perak yang lalu Tuan Haji Zainal Abidin bin Mohd Noor selama 32 tahun memengang jawatan tersebut. Sehinggalah diserahkan kepada aku, aku terima dengan kerendahan hati untuk membawa GPMS yang berbeda dan drastik dari segi perubahan dan keadaan program. Kita membawa aspirasi orang muda di bawah akta 668 iaitu Akta Pembangunan Belia dan Pertubuhan Belia 2007. Dimana pemegang jawatan dan ahli mesti dibawah 40 tahun. Tapi biasalah bila orang muda pegang, ada je orang dok buat kat belakang.

Cuma dalam aku tercari-cari ikon dan idola pemimpin ada seorang pemimpin lama GPMS yang disegani tarik aku keluar dari aku terkapai-kapai. Dari situ, pelbagai jawatan demi jawatan aku diterima dan dilantik. Jika tidak aku ibarat jaguh kampung, gah di tempat sendiri tapi diluar kita hanya kosong. Sejak tahun 2003, pengalaman pertama naik kapal terbang ke Maghribi selama 13 jam dalam kapal terbang satu pengalaman yang pertama yang takkan aku lupa. Apa-apa pun aku bersyukur pengalaman pertama aku belajar rezeki itu datang dari Allah. Kita sebagai manusia berusaha dan sentiasa ingat Allah itu yang Maha Berkuasa.

Maka, belajar terus belajar. Apa yang kita pelajari harus perkasakan ilmu pengetahuan, dan usah mengalah walaupun yang datang ribut taufan atau pun orang yang berbadan besar dan kosong. Kita teruskan perjuangan dalam memajukan anak bangsa. Siapa lagi yang akan gerakkan GPMS jika bukan kita!

KERIS PUSAKA BANGSA - PANGLIMA PERANG !

No comments:

Post a Comment