Setelah beberapa kursus saya pergi menjadi peserta, urus setia, fasilitator, penceramah, pengendali dan penganjur, banyak pengalaman baru dan kesilapan yang sering saya lakukan tanpa saya sedari. Setiap kesilapan yang saya lakukan pasti saya muhasabah kembali apa yang perlu saya perkukuhkan. Saya perlu sedia menerima kritikan dan pembaharuan yang bakal diberikan oleh peserta atau saya sebagai peserta mesti berani menghadapi teguran dari pengendali kepada saya. Saya ingin berkongsi dengan pembaca apakah rintangannya dalam kita mengekal momentum perubahan yang bakal kita bawakan agar menjadi satu cetusan rasa kepada semua yang merasa...
Sebagai peserta kursus, keupayaan kita mungkin tinggi atau rendah bergantung kali pertama kita menghadapi tempat yang pertama kita pergi. Saya telah pun melalui proses yang bertentangan prinsip keselesaan saya. Mungkin dari luar rasa nak tempat yang ala hotel, tapi bila kita di tempat yang tidak seperti hotel, kita sebenarnya belajar satu perkara yang baru, merasai kesusahan orang lain. Pelbagai tanggapan negatif bila kali pertama peserta hadir ke kursus. Maka ini adalah peranan penting oleh fasilitator atau kem komandan untuk melenturkan rasa tidak puas hati atau ada yang meronta-ronta untuk pulang ke rumah. Macam-macam cara atau pun kaedah yang digunakan oleh fasilitator atau kem komandan untuk melenturkan perasaan meronta-ronta peserta untuk pulang. Mungkin ramai teruja bila atau sudah menjadi fasilitator atau kem komandan. Perit yang dihadapi semasa menjadi kem komandan atau fasilitator hanya mereka dan saya yang tahu.
Kadangkala kita perlu belajar apa jua tugasan yang diberikan. Mungkin ia baru tapi terimalah dengan hati yang terbuka agar kita dapat belajar dan meransang akal untuk bertindak dengan mantap dan bergaya. Saya rasa kita mesti letakkan sasaran satu hari mesti satu perkara baru yang kita pelajari. Secara tidak langsung memberi ransangan positif kepada diri. Kita mungkin boleh pelajari ilmu dari orang peserta, orang yang baru kita kenali, kanak-kanak atau pun orang tua yang banyak pengalaman. Bila mengendalikan kursus dari semua peringkat kita mulai belajar pelbagai ilmu yang mungkin kita tidak sedari. Saya masih lagi belajar untuk mengenali ilmu yang dipelbagaikan kebolehan dan keupayaan yang berbeza-beza dalam satu masa. Tapi yang pentingnya kita harus sedar mencari ilmu untuk meningkatkan keupayaan diri dan mengekalkan selenggaraan ini berkekalan.
Mengekalkan selenggaraan ini, dengan adanya PASAK JATIDIRI agar sukar untuk dipengaruhi oleh perkara-perkara yang tidak baik. PASAK dengan ilmu mendekati diri dengan Allah. Perkara kedua, mengisi diri dengan ilmu yang boleh manfaat diri dan orang lain. Perkara ketiga, menghormati kedua ibu bapa kita serta menghormati yang ada disekeliling kita. Perkara keempat, melayani orang lain dengan baik dan sentiasa menerima pendapat dan pandangan orang lain. Perkara kelima, sentiasa meningkatkan motivasi diri setiap hari dan setiap detik untuk pastikan gulungan momentum itu berterusan bagi memastikan ‘ROH’ atau semangat yang kuat berterusan.
Artikel ini akan disambung lagi...
KERIS PUSAKA BANGSAKU...
No comments:
Post a Comment