Tuesday, July 19, 2011

N G O - NO GAJI OFFICER?

As salam,

Kerja sukarela merupakan satu tugas yang tidak boleh dinilai dengan matawang. Ia merupakan tugas murni yang mempunyai ROH dan semangat yang kental untuk menghadapi setiap rintangan yang bakal ditempuhi. Ramai yang tidak faham dan persoalan yang akan diajukkan adalah APA YANG AKAN AKU PEROLEHI MENYERTAI NGO? Selalunya saya jawap penat lah. Apa lagi yang boleh dapat selain dari penat. Tapi bagi mereka yang suka dengan kerja sukarela mereka sudah pasti ada semangat yang mantap dalam mempertingkatkan kerja sukarela ini. Saya bergiat sangat aktif dalam NGO pada 1996. Ketika ini seorang pelajar yang muda remaja. Banyak yang saya tidak tahu dalam kerja sukarela. Tapi yang pastinya datang ke Institut GPMS, mengemas, memasak dan menjadi jurulatih jika perlu. Tapi senario berbeza dalam suasana hari ini. Sebab kehendak kerja sukarela ini tinggi tapi keperluan semasa pun mendesak untuk pastikan ia seiring.

Jikalah semua pertubuhan Belia dan NGO semuanya ada geran tahunan pentadbiran saya dapat rasakan ia akan lebih aktif dan mantap dengan pentadbiran yang tersusun dan terancang. Kebanyakkan yang aktif sebagai ahli dalam pertubuhan selalunya mereka yang ada ROH untuk memajukan diri dalam pertubuhan. Ramai yang serik sebenarnya tapi mereka jadikan satu pengalaman yang bermakna dalam menggerakkan pertubuhan NGO itu. Saya yakin dengan ketentuan Ilahi, dalam memajukan anak bangsa, pengorbanan masa, wang dan tenaga akan dipulangkan kembali oleh Allah dengan pelbagai cara. Cuma orang yang tertutup hati sahaja jarang melihat satu peluang yang Allah berikan kepada kita. Jika nak dikira serik sudah lama saya serik dalam NGO.

Sepak, terajang, maki hamun dan fitnah dalam NGO telah dilalui dengan perit sekali. Tapi sebagai manusia yang hanya ada Allah, mahu tidak mahu kita perlu NGADAP bak kata orang Perak. Mana mungkin menjawat satu jawatan dalam NGO menjadi satu kebanggaan tapi itu merupakan amanah serta tanggungjawab sebagai insan kerdil untuk pastikan anak bangsa di majukan. JIKA TIDAK KITA SIAPA LAGI. Hanya orang yang ingin dan teringin untuk majukan bangsa akan bersungguh-sungguh mencari dan menilai diri sendiri untuk pastikan manfaat itu dirasai oleh orang lain. Saya ini cuma beri pandangan, setelah lama berkecimpung dalam sepak terajang pertubuhan NGO ini.

Terpulang kepada pembaca blog ini untuk menilai diri sendiri. Adakah kita bersedia untuk bergerak dalam pertubuhan NGO. Memang benar kita ada kerja hakiki dan mempunyai gaji yang tetap. Tetapi di dalam NGO tidak dapat gaji, keluarkan gaji untuk NGO yang banyak dibuat oleh sukarelawan tegar. Jika dilihat ramai yang berbangga dengan jawatan tapi bukan ingin jalankan tanggungjawab. Kita renung kembali, sebenarnya saya dalam NGO ini saya belajar banyak perkara... Kawan jadi lawan, musuh jadi kawan, dan macam-macam lagi. Tapi redha dengan ketentuan Nya.

Berusahalah selagi ada hayat di kandung badan. Jadikan diri kita memberi MANFAAT kepada orang lain. Susah payah kita tidak perlu disebut atau minta simpati dari manusia, biarlah Allah yang akan balas kembali jasa yang kita taburkan. Kita akan berasa PUAS atas apa yang kita lakukan kebaikan untuk anak bangsa kita. Perjuangan ALIF, BA dan TA akan diteruskan walaupun badai yang datang...

Pejuang yang tidak didendangkan...

1 comment: