Tuesday, June 28, 2011

Hmmmm...

As salam,

Rasa ingin menulis ini semakin menebal. Mana tidaknya, mencari masa untuk menulis sehinggga hari ini baru diketemukan. Menulis ingin meluahkan isi hati yang semakin bercelaru melihat manusia kian mempunyai hati yang hasad dalam melihat manusia lain. Saya menjadikan setiap halangan dan kejian itu menjadi satu sumber kekuatan dalam diri saya. Saya sedar ini merupakan cabaran yang perlu saya lalui dengan tenang dan sentiasa ingat kepada Allah yang sentiasa berada di sisi kita.

Selalu sangat keluar dari negeri orang, hinggakan rindu kepada negeri sendiri, isteri dan anak. Bila balik tengok anak dah boleh berlari. Dahsyat-dahsyat.. itu yang berlaku kini. Sehinggakan rindu kepada isteri dan anak semakin meningkat. Keluar dan keluar... hmmm.. Sebagai pemimpin kerdil dalam masyarakat tanggungjawab demi tanggungjawab perlu dilaksanakan dengan baik. Dalam satu blog di bahagian ruang chattingnya, ada nama hantu mana dok kutuk kita tak tido di siang hari. Ramai orang tak tahu kemana dan di mana kita pergi. Dan dalam blog kali ini saya menggunakan tulisan orang muda....

Tadi aku terkeluar satu ayat "selalu aku ikat skrew terlalu ketat sehinggakan tiada siapa dapat lepaskan, tapi bila aku sudah mula longgarkan ada orang tak boleh ikut rentak aku". Kadangkala, kita kena beri ruang dan masa orang sekeliling kita untuk membuat keputusan yang adil terhadap diri mereka sendiri. Bila keputusan tu bergantung kepada kita, kadangkala ia akan sentiasa bergantung kepada kita. Selagi kita bernama manusia, setiap kelemahan dan kekuatan akan kita bina hari demi hari. aku juga insan yang lemah yang masih mencari kekuatan diri sendiri. Dan aku juga masih belajar apa yang perlu dalam hati ini. Ada beberapa perkara yang aku longgarkan iaitu hubungan dengan sahabat, A Team, dan pertubuhan yang aku bawa. Bukan apa, kita perlu memberi ruang mereka bernafas menetapkan hala tuju mereka sendiri dalam pertubuhan. Jika kita masih menjadi penghalang kepada apa yang mereka fikirkan, maka mereka akan berterusan bergantung kepada kita.

Tapi bila dilonggarkan skrew, rupanya mereka masih perlukan kita membuat keputusan. Saya perlu melihat dari pelbagai sudut untuk membuat keputusan. Kadangkala keputusan yang drastik menyebabkan orang lain sukar untuk menerima keputusan yang sudah atau bakal kita buat. Maka saya longgarkan skrew tersebut sehingga pada akhir bulan Julai. Bulan Ogos bulan untuk muhasabah diri dan melakukan perubahan demi perubahan bagi membawa pertubuhan ulung ini pada masa akan datang... Saya cuba dan lakukan cara tersendiri bergaya dan mantap.

Pejuang Ulung yang tidak didendang...