Monday, December 17, 2012

Positif Dengan Lawan!

Assalamualaikum...

Salam Sejahtera,

Sibuk dan buat-buat sibuk. Istilah biasa digunakan untuk diri sendiri lari dari tugas semasa. Beberapa bulan ini saya melalui satu proses belajar yang amat panjang. Mengenali erti kawan dan lawan dalam setiap masa. Kawan yang selama ini rasa macam sahabat rupanya bila diuji dengan kesusahan baru kita tahu dia kawan atau sebaliknya. Tapi apa-apapun kita perlu tabah menghadapi apa jua tekanan . Ini merupakan proses kematangan dalam memilih kawan dan lawan.

Kadangkala kawan yang sementara mencari sesuatu yang boleh diambil peluang sementara ada. Tapi bila peluang dan ruang telah diperolehi maka kemungkinan mereka beredar tanpa berita. Kawan seperti ini, memang senang kita cari. Maka tidak masalah, kawan atau friendlist kita dalam facebook beribu. Tapi tidak mungkin mereka merupakan kawan yang bersama sepanjang masa dalam susah dan senang.

Kawan yang sering kita jumpa yang menjadi teman sementara kita memerlukan. Tapi mereka juga sering hilang dalam bayangan dan timbul sesekali dalam membantu. Sebab itu, kawan kita anggap kawan biasa, mungkin kawan sementara.

Kawan yang susah yang kita hendak cari yang sentiasa ingatkan diri kita kepada Pencipta. Yang sentiasa mendorong kita kepada Allah. Sentiasa menggerakkan diri dia sendiri dan kita supaya sentiasa membuat kebaikan. Maka memang sukar kita cari kawan seperti ini. Saya masih mencari kawan yang sering mengajak kita ke arah kebaikan.

Maka, berdoalah kita agar kita sama-sama berjumpa dengan sahabat yang sejati yang menggerakkan diri dia dan kita ke arah kebaikan.

Insya Allah.

Tuesday, May 29, 2012

Pembinaan Pasukan

Salam, 

Alhamdulilah, setelah sekian lama saya terhenti untuk menulis, terdetik hati ini untuk melontarkan luahan setelah melalui satu tempoh yang panjang. Betul saya akui selama ini saya rasa membina individu yang hebat salah satu kepuasan kita, tapi sebenarnya pembinaan itu sekadar pembinaan apabila hati jauh dari Allah. Setiap kali saya bina individu setiap kali akan hilang. Saya semakin risau setiap kali saya bina akan pergi ke tempat yang belum saya pasti. 

Maka, tahun demi tahun, bulan demi bulan, hari demi hari pembinaan individu yang berkarisma dan berkepemimpinan dibina akan hilang. Sebab saya sentiasa lupa, kita milik Allah. Kita risau akan kehilangan yang kita bina, sedang kita lupa Allah akan menggantikan lebih baik yang ada. Saya melalui proses tarbiyah yang panjang dari orang-orang lama serta berdasarkan pengalaman berkelana dinegeri dan negara orang. Dulu dan kini saya seorang pengikut, walaupun saya pemimpin pada persatuan yang saya pimpin tapi saya masih mengikut agar rentak yang ada tidak hilang.

Proses pembinaan individu saya tukar menjadi pembinaan pasukan. Saya tidak bergantung kepada 'seseorang' tapi saya perlukan pasukan. Walaupun 'Pasukan yang saya pimpin itu tidak hebat seperti dahulu, tapi saya puas kerana mereka mempunyai tingkah laku melaksanakan secara yang terbaik'. Ini yang saya perlukan selama ini. Setelah sekian lama, saya telah mendapat resepi yang terbaik, tidak semestinya kita perlu memiliki pasukan yang hebat tapi rapuh imannya. Baru ini saya memiliki pasukan yang saya tidak kenali latarbelakangnya tapi mereka laksana tugas dengan baik dan mengakui kesilapan yang mereka lakukan. 

Sifat sukarela yang tinggi menyebabkan saya perlu bertahan dengan sakit yang ada dalam diri. Pasukan ini menunjukkan sikap sukarela yang tinggi menyebabkan saya tidak untuk mengalah. Saya lihat setiap individu mempunyai potensi yang hebat. Dari situlah resepi baru ini saya menukar corak kepimpinan saya agar sesuai dengan keberadaan mereka. Jika melihat sejarah saya dahulu kebergantungan saya kepada seseorang menyebabkan saya rapuh untuk membina pemimpin pelapis. Tapi kini corak dan strategi yang digunakan ditukar untuk memudahkan saya bergerak kemana sahaja yang saya mahu. 

Delegasi tugas kepada individu dalam pasukan pada masa dan tempat yang betul menyebabkan keadaan pergerakan lebih pantas dari biasa. Jika tidak seseorang yang akan mengawal hingga kita mati idea untuk mengambil alih kedudukan sebenar. Alhamdulilah pembinaan pasukan yang dinamik menyebabkan tugasan yang berat diringankan disebabkan pasukan yang sepakat tanpa hasutan.

Saya rasa ramuan dan resipi ini bergantung bagaimana kita mengadun dari segi rohani, jasmani, emosi dan minda. Alhamdulilah ia menjadi. Saya akan mencuba sekali resipi yang sama pada orang yang berlainan. 



Monday, April 16, 2012

Berani Menjadi Berbeza...


Sudah lama, tidak saya menulis dalam blog ini. Banyak urusan pengurusan pentadbiran beberapa persatuan yang perlu dilaksanakan. Mencipta perkara baru agar penerimaan orang luar terhadap persatuan yang saya pimpin hinggakan terlupa banyak perkara yang perlu saya perbaiki untuk kebaikan masa hadapan. Melihat kelemahan diri ini perlu saya perbetulkan. Sebagai pemimpin kerdil banyak kesilapan kadang-kala saya tidak sedar. Maka bimbingan dari orang lama, menyebabkan saya perlu bertahan bagi memastikan persatuan yang saya pimpin untuk dibawa ke arah mercu yang gemilang.

Bagi saya perubahan dalam GPMS telah saya mulakan sejak awal lagi. Ramai yang tidak setuju apa yang ingin saya lakukan. Tetapi lama-kelamaan perubahan demi perubahan yang dilaksanakan akhir ramai yang menerima. Kaedah pemasaran persatuan pun berubah dari tahun ke tahun. Dahulunya kita berdiri di atas kaki sendiri untuk menjemput peserta datang ke GPMS. Kini kaedah menang-menang digunakan bagi menghidupkan ROH GPMS. Manakan tidak, untuk memastikan program di Institut GPMS berlangsung setiap minggu amat mustahil. Saya sentiasa melihat kelemahan yang ada dalam diri agar dapat diperbaiki.

Alhamdulilah, saya menempuhi ranjau yang berliku ini dengan sokongan dan dorongan orang-orang lama GPMS. Pimpinan saya tidak terbaik, tapi saya pastikan yang kita laksanakan antara yang terbaik. Sudah pasti kita tidak ada banyak duit dalam GPMS tapi kita pastikan pembangunan insan dalam GPMS dapat diteruskan. halangan demi halangan perlu diterobosi bagi memastikan GPMS Perak terus relevan sepanjang zaman...