Tuesday, July 19, 2011

N G O - NO GAJI OFFICER?

As salam,

Kerja sukarela merupakan satu tugas yang tidak boleh dinilai dengan matawang. Ia merupakan tugas murni yang mempunyai ROH dan semangat yang kental untuk menghadapi setiap rintangan yang bakal ditempuhi. Ramai yang tidak faham dan persoalan yang akan diajukkan adalah APA YANG AKAN AKU PEROLEHI MENYERTAI NGO? Selalunya saya jawap penat lah. Apa lagi yang boleh dapat selain dari penat. Tapi bagi mereka yang suka dengan kerja sukarela mereka sudah pasti ada semangat yang mantap dalam mempertingkatkan kerja sukarela ini. Saya bergiat sangat aktif dalam NGO pada 1996. Ketika ini seorang pelajar yang muda remaja. Banyak yang saya tidak tahu dalam kerja sukarela. Tapi yang pastinya datang ke Institut GPMS, mengemas, memasak dan menjadi jurulatih jika perlu. Tapi senario berbeza dalam suasana hari ini. Sebab kehendak kerja sukarela ini tinggi tapi keperluan semasa pun mendesak untuk pastikan ia seiring.

Jikalah semua pertubuhan Belia dan NGO semuanya ada geran tahunan pentadbiran saya dapat rasakan ia akan lebih aktif dan mantap dengan pentadbiran yang tersusun dan terancang. Kebanyakkan yang aktif sebagai ahli dalam pertubuhan selalunya mereka yang ada ROH untuk memajukan diri dalam pertubuhan. Ramai yang serik sebenarnya tapi mereka jadikan satu pengalaman yang bermakna dalam menggerakkan pertubuhan NGO itu. Saya yakin dengan ketentuan Ilahi, dalam memajukan anak bangsa, pengorbanan masa, wang dan tenaga akan dipulangkan kembali oleh Allah dengan pelbagai cara. Cuma orang yang tertutup hati sahaja jarang melihat satu peluang yang Allah berikan kepada kita. Jika nak dikira serik sudah lama saya serik dalam NGO.

Sepak, terajang, maki hamun dan fitnah dalam NGO telah dilalui dengan perit sekali. Tapi sebagai manusia yang hanya ada Allah, mahu tidak mahu kita perlu NGADAP bak kata orang Perak. Mana mungkin menjawat satu jawatan dalam NGO menjadi satu kebanggaan tapi itu merupakan amanah serta tanggungjawab sebagai insan kerdil untuk pastikan anak bangsa di majukan. JIKA TIDAK KITA SIAPA LAGI. Hanya orang yang ingin dan teringin untuk majukan bangsa akan bersungguh-sungguh mencari dan menilai diri sendiri untuk pastikan manfaat itu dirasai oleh orang lain. Saya ini cuma beri pandangan, setelah lama berkecimpung dalam sepak terajang pertubuhan NGO ini.

Terpulang kepada pembaca blog ini untuk menilai diri sendiri. Adakah kita bersedia untuk bergerak dalam pertubuhan NGO. Memang benar kita ada kerja hakiki dan mempunyai gaji yang tetap. Tetapi di dalam NGO tidak dapat gaji, keluarkan gaji untuk NGO yang banyak dibuat oleh sukarelawan tegar. Jika dilihat ramai yang berbangga dengan jawatan tapi bukan ingin jalankan tanggungjawab. Kita renung kembali, sebenarnya saya dalam NGO ini saya belajar banyak perkara... Kawan jadi lawan, musuh jadi kawan, dan macam-macam lagi. Tapi redha dengan ketentuan Nya.

Berusahalah selagi ada hayat di kandung badan. Jadikan diri kita memberi MANFAAT kepada orang lain. Susah payah kita tidak perlu disebut atau minta simpati dari manusia, biarlah Allah yang akan balas kembali jasa yang kita taburkan. Kita akan berasa PUAS atas apa yang kita lakukan kebaikan untuk anak bangsa kita. Perjuangan ALIF, BA dan TA akan diteruskan walaupun badai yang datang...

Pejuang yang tidak didendangkan...

Monday, July 18, 2011

Setia Kepada Bos, Usaha Majukan Pertubuhan ...


As salam,

Sebelum kita mendaki puncak gunung, selalunya kita mesti mula dari bawah. Mustahil seseorang itu akan terus ke atas, tanpa melalui tempoh pembelajaran yang matang dan masak. Sebelum ini saya sebagai mantan Setiausaha Agung kepada sesuatu pertubuhan itu. Saya belajar bagaimana untuk setia dan berusaha memajukan pertubuhan serta melepasi rintangan 'manusia' yang ada pelbagai sifat dan kehendak. Saya melalui tempoh yang amat sukar dan membiasakan diri sebagai SETIA USAHA. Rupanya ketika ini kita diuji sebagai insan kerdil dalam pertubuhan dan bagaimana kita setia kepada ketua dan bagaimana berfikir memajukan pertubuhan kita bawa. Baru saya faham ia memerlukan pengorbanan yang besar dalam membentuk hati yang ikhlas dalam perjuangan dan fokus kepada tujuan kita menggerakkan pertubuhan ini.

Panduan yang saya ingin berkongsi ialah :-

1. Bila dilantik banyakkan beristighfar dan redha setelah menerimanya.
2. Memahami skop tugas SETIAUSAHA dan banyak belajar dari orang sebelumnya atau orang lain yang pernah menjadi SETIAUSAHA. Usah kata pada diri, saya tidak tahu dan saya tak tahu atau saya tak boleh buat. (alasan ini selalunya dibuat oleh orang yang kalah)
3. Mengambil tugas yang diberi dengan hati terbuka dan tidak mengeluh dengan kesibukan masa yang terhad. Pastikan tugas tersebut dilakukan dengan baik.
4. Sentiasa membantu Pengerusi dalam apa jua tugas agar lebih seiring. 'BACK UP' - Pengerusi jika ada kata-kata yang tidak manis dilemparkan.
5. Positif dalam tujuan dan matlamat memajukan organisasi
6. Berani membuat perubahan dan sentiasa memaklumkan apakah perubahan yang ingin dilakukan terhadap organisasi.
7. Bersangka baik dengan kawan BOS, lawan BOS dan Musuh BOS.
8. Jangan cakap perkara yang tidak perlu, sokong - dorong - BOS bila bos mula mendiamkan diri.
9. Rangka kerja jelas kepada BOS dalam tempoh setahun dan menzahirkan perancangan tersebut mengikut KEMAMPUAN.
10. Sentiasa menjadi penyejuk bukan jadi pemanas !!!

Mungkin panduan ini adalah untuk saya. Saya sentiasa melihat kelemahan diri bagi membentuk kekuatan diri. Menyepi tidak bermakna tidak berkerja. Tetapi merangka kerja dalam diam merancang ia dalam diam lebih baik agar mengeluarkan sesuatu yang saya sendiri tidak jangkakan.

Kita mesti bekerja diluar kerangka pemikiran kita. Kita sentiasa bercakap TRANSFORMASI, tapi perubahan tidak pernah atau ingin kita laksanakan. Kini, hari ini, saat ini mulakan membuat perubahan pada diri dan jawatan yang kita pegang...

Pejuang yang tidak didendangkan...

Monday, July 4, 2011

Bukit Kepong (1981) Part 9


Untuk tatapan sahabat, yang berada dalam perjuangan. Keamanan yang ada janganlah mudah kita serahkan tanpa kita lihat sejarah yang lalu. Sejarah yang lalu, telah banyak mengajar kita agar kita mempertahankan agama, bangsa dan negara. Jika tidak kita, siapa lagi akan mempertahankan

Tonton dan hayati lah...

Perjuangan Yang Belum Selesai...