Wednesday, October 26, 2011

Nadi Perubahan : Mengatasi Ketakutan


Assalamualaikum,

Dalam diri perasaan takut selalu dibelenggu apabila kita tidak mengetahui sesuatu perkara itu benar atau salah. Seperti takut bila berjalan pada waktu malam atau dengar certia ada hantu. tapi bila diceritakan ketika itu, perasaan masih stabil, tapi bila seorang diri baru kita takut. Saya juga mengalami perasaan yang sama, sebagai manusia tidak lari dari dengan keadaan sekeliling yang belum tentu lagi keadaan itu. Saya melalui tempoh mencari kekuatan dan ketenangan diri. Kita sentiasa merenung perkara negatif pada diri dan kadangkala pada orang lain. Saya perlu perbetulkan diri. Tapi masih ramai yang tidak akan percaya dan sangkaan mereka kita masih sama seperti dulu. Dalam tempoh "bercuti" dari berorganisasi ini saya pelajari kemahiran-kemahiran baru yang jarang saya jumpa semasa berorganisasi. Kaedah yang saya pelajari mengenal musuh dan menenggelamkan musuh dalam diam. Kaedah kedua, diam bukan bermaksud kalah, menang tidak semestinya kuat. Kaedah ketiga, berstrategi dalam gerakan, tindakan dan idea.

Baru-baru ini saya cuba mengatasi perasaan takut saya iaitu tidak pandai berenang untuk berada di bahagian 10 kaki dasar laut. Rasa ingin pergi jauh, tapi takut menghantui diri. Tapi galakan sahabat menyebabkan saya cuba untuk pergi le tempat yang tak pernah saya rasai itu. Semasa ke tempat itu, hebatnya ciptaan Allah dengan ikannya dan dasar laut yang pelbagai yang mempunyai keajaiban yang hebat. Subahanallah. Saya terus menyelam dan menghayati keindahan alam. Dalam perasaan takut itu, saya terus menyelam bagi membiasakan diri dengan laut. Bila saya sampai di dasar yang dalamnya 10 kaki itu, perasaan saya ada dua satu takut dan seronok berada di tempat yang belum pernah saya lalui selama ini.

Kaedah menghilangkan rasa takut itu, saya perlu katakan pada diri dan minda saya. Saya boleh. kedua, saya perlu atasi ketakutan itu dengan saya melaluinya. Ketiga, saya mesti mencari sahabat yang boleh memberi galakkan yang positif. Keempat, positif dengan kelemahan yang ada dan bentuk ia sebagai satu kekuatan. Kelima, Sentiasa bermohon kepada Allah, agar kita sentiasa positif, positif dan positif. Insya Allah ketakutan yang kita alami akan hilang secara perlahan-lahan.

Kadangkala ada orang kata, buat apa berubah, hang sama je. Itulah ayat yang selalu digunakan. Tapi biarlah apa orang nak kata. Jika kita tidak positif, sampai bila-bila tidak akan jadi positif. Perkongsian ini adalah satu cara saya belajar mencari kesilapan diri. Orang luar boleh kata apa saja, yang pastinya betulkan diri merupakan elemen utama yang perlu saya laksanakan terlbih dahulu.

Fikir, renung dan pandanglah...

Monday, October 24, 2011

Pulau Mantanani, satu persinggahan

Assalamualaikum...

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sabah pd jam 1830. Setiba itu kelihatan kelibat sahabat baik di Sabah, saudara Ramlie. Beliau tersenyum panjang menunggu kami di sini. Alhamdulilah syukur dipanjangkan kepada Allah selamat sampai ke bumi sabah. Menginap di kompleks belia dan sukan sabah di Pasir Puteh Sabah. Malam itu terus dibawa ke kedai makan di mana asam pedas kuahnya tak banyak. Menarik yang tidak terhingga macam tidak pernah jumpa makan. Kemudian membeli cadar di Pasaraya Survey, manakan tidak di tempat penginapan tidak disediakan kain cadar.

Program yang bermula 11 Oktober 2011 hingga 19 oktober 2011. Sembilan hari satu pembinaan pengalaman dan pembentukan 'ROH' yang lama tidak di 'charge' semula. Kini dibina walaupun dilantik sebagai perunding oleh UiTM Pulau Pinang. satu program yang bermakna dan sukar untuk dilupakan. Walaupun kita menjadi perunding dalam program ini, sebenarnya pengalaman di bina bagi menginsafi perkara yang berlaku disekeliling kita.

Kita biasa sudah menjadi senang, bila diuji dengan kesusahan barulah kita ingat kepada Allah. Bangun seawal jam 5 pagi, dan bersiap untuk ke bergerak ke Pulau Mantanani. Perjalanan ke Kota Belud mengambil masa 2 jam dan tertidur semasa perjalanan. sampai sahaja di jeti kota belud terus bersedia untuk menaiki bot ke Pulau Mantanani.

Pergh masa ini satu perkara naik bot perkara yang paling mencabar. gayat naik bot, sambilbtertidur semasa naik bot. perjalanan memakan masa 1jam penuh kegayatan. Pening2 lalat rasa nak muntah ditahan sambil tidur didalam perjalanan. Kami menaiki bot besar sebab badan kami besar. kuasa kuda kepada bot menampung berat kami.

Setiba di pulau tersebut, kami disambut dengan air kelapa. Dahaga yang disimpan, hilang dengan nikmat yang Allah berikan melalui menghilangkan dahaga. Dengan sambutan yang menarik dengan tarian kampung dan majlis penyerahan keluarga angkat. Semasa majlis penyerahan keluarga angkat, aku mengimbau kenangan lalu dalam program seperti ini. Aku tertanya dimanakah keluarga angkat aku.Rupanya keluarga angkat rumahnya disebelah dewan sahaja. Asalnya panas rupanya berangin dan siap minum air kelapa lagi.

Makan tengah hari yang tidak dirancang menanti sehingga jam 3 petang. Rupanya ikan bakar secara terus dari laut. selera bertambah lagi dan tidak menentu.

Menahan lapar sehingga waktu sehinggakan selera bertambah. Pulau yang indah, aman dan tenteram di sini menjadikan ketenangan kepada diri semakin kuat. Bila kita di semenanjung bermacam agenda kita fikirkan. tapi di sini fokus terhadap sesuatu kerja lebih bermakna. Selalunya kita sentiasa fikirkan bagaimana nak 'palam' orang sahaja. Tapi kita tidak sedar kuasa, jawatan semuanya milik Allah. Kesian, pembangunan insan tidak difokus, tapi agenda mencantas pula yang dibina. kesian. . .

Bab kesian,saya sendiri ke setiap rumah di pulau ini. Banyak kekurangan serta perlu dibantu dan program dari belia perlu dipergiatkan. tapi hairan, agenda itu tidak dibuat tapi mencari salah orang dipergiatkan. kesian. . . nasihat saya kepada mereka suka 'palam' tu buat program pembangunan. Rezeki adalah kurniaan Allah dan tidak boleh dipertikaikan. Maka Allah Maha Adil dan telah sediakan untuk kita. Maka binalah program pembangunan bagi kelestarian belia terjamin. Usah mengejar pangkat atau jawatan sedangkan kerja tidak dibuat.

Binalah diri, cermin diri serta kekuatan diri. saya juga ada kelemahan tapi atasinya dengan kekuatan. saya sudah lihat perlunya kita bersatu dalam pembangunan insan. Kesilapan yang dicari punahkan semangat orang lain. Usah aibkan orang lain, atau mencari kesilapan orang lain. Cari kesilapan sendiri kembali kepada Allah dalam membentuk hati. Didik hati, paksa diri dalam mencari kebahagian dunia dan akhirat.

sama-sama kita renungkan, fikirkan dan pandanglah dengan hati suci.

Tuesday, October 4, 2011

Cuci Hati Saya...


As salam,

Blog kali ini saya ingin bawa pelayar blog berfikir sejenak. Saya bukan insan yang terbaik dalam melaksanakan tugas. Tapi saya berusaha untuk jadikan ia terbaik. Kelemahan dalam diri ini sudah pasti ada dan setiap detik kesilapan kita sudah pasti akan dicari oleh orang lain. Sudah berulang kali saya menyatakan perkara yang sama. Tapi hairan, kesilapan kita akan dicari untuk menutup kelemahan mereka. Kadangkala saya ketawa keseorangan dan berfikir apa yang mereka mahukan hinggakan saya dipersalahkan. Kesian kepada mereka yang makin hari sudah tidak tentu arah jadinya.

Saya terbaca dalam Facebook Dato' Dr. Haji Fadzilah Kamsah beberapa perkara mengenai mencuci hati :-

1. Jaga Solat 5 Waktu
2. Solat Taubat dan Istighfar 70 Kali sehari
3. Qada' Solat yang tertinggal
4. Baca Al-Quran
5. MAAFKAN Orang dan MEMOHON MAAF
6. Cari ilmu berterusan dan cari guru yang mursyid
7. Berkawan dengan orang yang positif
8. Sedekah kepada yang memerlukan
9. Beri binatang makan
10. Beri khidmat kepada yang perlukan bantuan
11. Cuci pinggan, tandas
12. Kekalkan Wudu'
13. Puasa sunnat
14. Sentiasa ingat mati
15. Hidupkan sunnah harian
16. Seru orang ke arah kebaikan
17.Tunaikan haji dan umrah.

Saya ini masih lagi belajar. Belum lagi kata hebat sangat. Persepsi manusia boleh dibuat bermacam-macam. Kita ada kekurangan yang kita perlu perbaiki setiap hari. Jika ada kereta kita perlu jaga dan sentiasa melihat apa kerosakan yang ada, yang bakal dan sudah pun terjadi perlu diperhati sebelum ke destinasi dekat ataupun jauh. Saya masih perlu belajar dan keluar dari zon yang ada sekarang. Masih menanti.... menanti.... menanti...

Sama-sama kita berdoa, agar kita dapat petunjuk merubah diri sendiri, serta membantu orang lain dalam memastikan kesejahteraan hidup di sana nanti...

Sepi...