Wednesday, October 26, 2011

Nadi Perubahan : Mengatasi Ketakutan


Assalamualaikum,

Dalam diri perasaan takut selalu dibelenggu apabila kita tidak mengetahui sesuatu perkara itu benar atau salah. Seperti takut bila berjalan pada waktu malam atau dengar certia ada hantu. tapi bila diceritakan ketika itu, perasaan masih stabil, tapi bila seorang diri baru kita takut. Saya juga mengalami perasaan yang sama, sebagai manusia tidak lari dari dengan keadaan sekeliling yang belum tentu lagi keadaan itu. Saya melalui tempoh mencari kekuatan dan ketenangan diri. Kita sentiasa merenung perkara negatif pada diri dan kadangkala pada orang lain. Saya perlu perbetulkan diri. Tapi masih ramai yang tidak akan percaya dan sangkaan mereka kita masih sama seperti dulu. Dalam tempoh "bercuti" dari berorganisasi ini saya pelajari kemahiran-kemahiran baru yang jarang saya jumpa semasa berorganisasi. Kaedah yang saya pelajari mengenal musuh dan menenggelamkan musuh dalam diam. Kaedah kedua, diam bukan bermaksud kalah, menang tidak semestinya kuat. Kaedah ketiga, berstrategi dalam gerakan, tindakan dan idea.

Baru-baru ini saya cuba mengatasi perasaan takut saya iaitu tidak pandai berenang untuk berada di bahagian 10 kaki dasar laut. Rasa ingin pergi jauh, tapi takut menghantui diri. Tapi galakan sahabat menyebabkan saya cuba untuk pergi le tempat yang tak pernah saya rasai itu. Semasa ke tempat itu, hebatnya ciptaan Allah dengan ikannya dan dasar laut yang pelbagai yang mempunyai keajaiban yang hebat. Subahanallah. Saya terus menyelam dan menghayati keindahan alam. Dalam perasaan takut itu, saya terus menyelam bagi membiasakan diri dengan laut. Bila saya sampai di dasar yang dalamnya 10 kaki itu, perasaan saya ada dua satu takut dan seronok berada di tempat yang belum pernah saya lalui selama ini.

Kaedah menghilangkan rasa takut itu, saya perlu katakan pada diri dan minda saya. Saya boleh. kedua, saya perlu atasi ketakutan itu dengan saya melaluinya. Ketiga, saya mesti mencari sahabat yang boleh memberi galakkan yang positif. Keempat, positif dengan kelemahan yang ada dan bentuk ia sebagai satu kekuatan. Kelima, Sentiasa bermohon kepada Allah, agar kita sentiasa positif, positif dan positif. Insya Allah ketakutan yang kita alami akan hilang secara perlahan-lahan.

Kadangkala ada orang kata, buat apa berubah, hang sama je. Itulah ayat yang selalu digunakan. Tapi biarlah apa orang nak kata. Jika kita tidak positif, sampai bila-bila tidak akan jadi positif. Perkongsian ini adalah satu cara saya belajar mencari kesilapan diri. Orang luar boleh kata apa saja, yang pastinya betulkan diri merupakan elemen utama yang perlu saya laksanakan terlbih dahulu.

Fikir, renung dan pandanglah...

1 comment: