Monday, December 17, 2012

Positif Dengan Lawan!

Assalamualaikum...

Salam Sejahtera,

Sibuk dan buat-buat sibuk. Istilah biasa digunakan untuk diri sendiri lari dari tugas semasa. Beberapa bulan ini saya melalui satu proses belajar yang amat panjang. Mengenali erti kawan dan lawan dalam setiap masa. Kawan yang selama ini rasa macam sahabat rupanya bila diuji dengan kesusahan baru kita tahu dia kawan atau sebaliknya. Tapi apa-apapun kita perlu tabah menghadapi apa jua tekanan . Ini merupakan proses kematangan dalam memilih kawan dan lawan.

Kadangkala kawan yang sementara mencari sesuatu yang boleh diambil peluang sementara ada. Tapi bila peluang dan ruang telah diperolehi maka kemungkinan mereka beredar tanpa berita. Kawan seperti ini, memang senang kita cari. Maka tidak masalah, kawan atau friendlist kita dalam facebook beribu. Tapi tidak mungkin mereka merupakan kawan yang bersama sepanjang masa dalam susah dan senang.

Kawan yang sering kita jumpa yang menjadi teman sementara kita memerlukan. Tapi mereka juga sering hilang dalam bayangan dan timbul sesekali dalam membantu. Sebab itu, kawan kita anggap kawan biasa, mungkin kawan sementara.

Kawan yang susah yang kita hendak cari yang sentiasa ingatkan diri kita kepada Pencipta. Yang sentiasa mendorong kita kepada Allah. Sentiasa menggerakkan diri dia sendiri dan kita supaya sentiasa membuat kebaikan. Maka memang sukar kita cari kawan seperti ini. Saya masih mencari kawan yang sering mengajak kita ke arah kebaikan.

Maka, berdoalah kita agar kita sama-sama berjumpa dengan sahabat yang sejati yang menggerakkan diri dia dan kita ke arah kebaikan.

Insya Allah.

1 comment: