Monday, December 12, 2011
Wednesday, October 26, 2011
Nadi Perubahan : Mengatasi Ketakutan
Assalamualaikum,
Dalam diri perasaan takut selalu dibelenggu apabila kita tidak mengetahui sesuatu perkara itu benar atau salah. Seperti takut bila berjalan pada waktu malam atau dengar certia ada hantu. tapi bila diceritakan ketika itu, perasaan masih stabil, tapi bila seorang diri baru kita takut. Saya juga mengalami perasaan yang sama, sebagai manusia tidak lari dari dengan keadaan sekeliling yang belum tentu lagi keadaan itu. Saya melalui tempoh mencari kekuatan dan ketenangan diri. Kita sentiasa merenung perkara negatif pada diri dan kadangkala pada orang lain. Saya perlu perbetulkan diri. Tapi masih ramai yang tidak akan percaya dan sangkaan mereka kita masih sama seperti dulu. Dalam tempoh "bercuti" dari berorganisasi ini saya pelajari kemahiran-kemahiran baru yang jarang saya jumpa semasa berorganisasi. Kaedah yang saya pelajari mengenal musuh dan menenggelamkan musuh dalam diam. Kaedah kedua, diam bukan bermaksud kalah, menang tidak semestinya kuat. Kaedah ketiga, berstrategi dalam gerakan, tindakan dan idea.
Baru-baru ini saya cuba mengatasi perasaan takut saya iaitu tidak pandai berenang untuk berada di bahagian 10 kaki dasar laut. Rasa ingin pergi jauh, tapi takut menghantui diri. Tapi galakan sahabat menyebabkan saya cuba untuk pergi le tempat yang tak pernah saya rasai itu. Semasa ke tempat itu, hebatnya ciptaan Allah dengan ikannya dan dasar laut yang pelbagai yang mempunyai keajaiban yang hebat. Subahanallah. Saya terus menyelam dan menghayati keindahan alam. Dalam perasaan takut itu, saya terus menyelam bagi membiasakan diri dengan laut. Bila saya sampai di dasar yang dalamnya 10 kaki itu, perasaan saya ada dua satu takut dan seronok berada di tempat yang belum pernah saya lalui selama ini.
Kaedah menghilangkan rasa takut itu, saya perlu katakan pada diri dan minda saya. Saya boleh. kedua, saya perlu atasi ketakutan itu dengan saya melaluinya. Ketiga, saya mesti mencari sahabat yang boleh memberi galakkan yang positif. Keempat, positif dengan kelemahan yang ada dan bentuk ia sebagai satu kekuatan. Kelima, Sentiasa bermohon kepada Allah, agar kita sentiasa positif, positif dan positif. Insya Allah ketakutan yang kita alami akan hilang secara perlahan-lahan.
Kadangkala ada orang kata, buat apa berubah, hang sama je. Itulah ayat yang selalu digunakan. Tapi biarlah apa orang nak kata. Jika kita tidak positif, sampai bila-bila tidak akan jadi positif. Perkongsian ini adalah satu cara saya belajar mencari kesilapan diri. Orang luar boleh kata apa saja, yang pastinya betulkan diri merupakan elemen utama yang perlu saya laksanakan terlbih dahulu.
Fikir, renung dan pandanglah...
Monday, October 24, 2011
Pulau Mantanani, satu persinggahan
Assalamualaikum...
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sabah pd jam 1830. Setiba itu kelihatan kelibat sahabat baik di Sabah, saudara Ramlie. Beliau tersenyum panjang menunggu kami di sini. Alhamdulilah syukur dipanjangkan kepada Allah selamat sampai ke bumi sabah. Menginap di kompleks belia dan sukan sabah di Pasir Puteh Sabah. Malam itu terus dibawa ke kedai makan di mana asam pedas kuahnya tak banyak. Menarik yang tidak terhingga macam tidak pernah jumpa makan. Kemudian membeli cadar di Pasaraya Survey, manakan tidak di tempat penginapan tidak disediakan kain cadar.
Program yang bermula 11 Oktober 2011 hingga 19 oktober 2011. Sembilan hari satu pembinaan pengalaman dan pembentukan 'ROH' yang lama tidak di 'charge' semula. Kini dibina walaupun dilantik sebagai perunding oleh UiTM Pulau Pinang. satu program yang bermakna dan sukar untuk dilupakan. Walaupun kita menjadi perunding dalam program ini, sebenarnya pengalaman di bina bagi menginsafi perkara yang berlaku disekeliling kita.
Pergh masa ini satu perkara naik bot perkara yang paling mencabar. gayat naik bot, sambilbtertidur semasa naik bot. perjalanan memakan masa 1jam penuh kegayatan. Pening2 lalat rasa nak muntah ditahan sambil tidur didalam perjalanan. Kami menaiki bot besar sebab badan kami besar. kuasa kuda kepada bot menampung berat kami.
Setiba di pulau tersebut, kami disambut dengan air kelapa. Dahaga yang disimpan, hilang dengan nikmat yang Allah berikan melalui menghilangkan dahaga. Dengan sambutan yang menarik dengan tarian kampung dan majlis penyerahan keluarga angkat. Semasa majlis penyerahan keluarga angkat, aku mengimbau kenangan lalu dalam program seperti ini. Aku tertanya dimanakah keluarga angkat aku.Rupanya keluarga angkat rumahnya disebelah dewan sahaja. Asalnya panas rupanya berangin dan siap minum air kelapa lagi.
Makan tengah hari yang tidak dirancang menanti sehingga jam 3 petang. Rupanya ikan bakar secara terus dari laut. selera bertambah lagi dan tidak menentu.
Menahan lapar sehingga waktu sehinggakan selera bertambah. Pulau yang indah, aman dan tenteram di sini menjadikan ketenangan kepada diri semakin kuat. Bila kita di semenanjung bermacam agenda kita fikirkan. tapi di sini fokus terhadap sesuatu kerja lebih bermakna. Selalunya kita sentiasa fikirkan bagaimana nak 'palam' orang sahaja. Tapi kita tidak sedar kuasa, jawatan semuanya milik Allah. Kesian, pembangunan insan tidak difokus, tapi agenda mencantas pula yang dibina. kesian. . .
Bab kesian,saya sendiri ke setiap rumah di pulau ini. Banyak kekurangan serta perlu dibantu dan program dari belia perlu dipergiatkan. tapi hairan, agenda itu tidak dibuat tapi mencari salah orang dipergiatkan. kesian. . . nasihat saya kepada mereka suka 'palam' tu buat program pembangunan. Rezeki adalah kurniaan Allah dan tidak boleh dipertikaikan. Maka Allah Maha Adil dan telah sediakan untuk kita. Maka binalah program pembangunan bagi kelestarian belia terjamin. Usah mengejar pangkat atau jawatan sedangkan kerja tidak dibuat.
Binalah diri, cermin diri serta kekuatan diri. saya juga ada kelemahan tapi atasinya dengan kekuatan. saya sudah lihat perlunya kita bersatu dalam pembangunan insan. Kesilapan yang dicari punahkan semangat orang lain. Usah aibkan orang lain, atau mencari kesilapan orang lain. Cari kesilapan sendiri kembali kepada Allah dalam membentuk hati. Didik hati, paksa diri dalam mencari kebahagian dunia dan akhirat.
sama-sama kita renungkan, fikirkan dan pandanglah dengan hati suci.
Tuesday, October 4, 2011
Cuci Hati Saya...
As salam,
Saya terbaca dalam Facebook Dato' Dr. Haji Fadzilah Kamsah beberapa perkara mengenai mencuci hati :-
1. Jaga Solat 5 Waktu
2. Solat Taubat dan Istighfar 70 Kali sehari
3. Qada' Solat yang tertinggal
4. Baca Al-Quran
5. MAAFKAN Orang dan MEMOHON MAAF
6. Cari ilmu berterusan dan cari guru yang mursyid
7. Berkawan dengan orang yang positif
8. Sedekah kepada yang memerlukan
9. Beri binatang makan
10. Beri khidmat kepada yang perlukan bantuan
11. Cuci pinggan, tandas
12. Kekalkan Wudu'
13. Puasa sunnat
14. Sentiasa ingat mati
15. Hidupkan sunnah harian
16. Seru orang ke arah kebaikan
17.Tunaikan haji dan umrah.
Saya ini masih lagi belajar. Belum lagi kata hebat sangat. Persepsi manusia boleh dibuat bermacam-macam. Kita ada kekurangan yang kita perlu perbaiki setiap hari. Jika ada kereta kita perlu jaga dan sentiasa melihat apa kerosakan yang ada, yang bakal dan sudah pun terjadi perlu diperhati sebelum ke destinasi dekat ataupun jauh. Saya masih perlu belajar dan keluar dari zon yang ada sekarang. Masih menanti.... menanti.... menanti...
Sama-sama kita berdoa, agar kita dapat petunjuk merubah diri sendiri, serta membantu orang lain dalam memastikan kesejahteraan hidup di sana nanti...
Sepi...
Tuesday, September 13, 2011
Monday, September 5, 2011
Monday, August 22, 2011
Wednesday, August 17, 2011
Nota Hati Seorang Lelaki...
PETIKAN : ‘Nota Hati Seorang Lelaki’ ( Pahrol Mohd Juoi )
Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah kisahnya…
Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota , dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak….
” Ada duit? Minta ayah sedikit..”
Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka ’sporting’ dan tidak banyak meragam.
“Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada duit,” Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar ditembak reaksinya.
“Bagilah beberapa yang ada,” cadang emak pendek.
“Takkan 5 ringgit?”
Emak mengganguk.
Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 ringgit….Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapan ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.
Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang ke kota . Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih ‘untung’ 5 ringgit. Geli hati mengenangkannya.
Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba.
Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).
Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya
tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana ‘tidak ada’, tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.
Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.
“Nanti, besarlah kereta kamu ini….” ujur ayah senyum.
Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung. Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.
” Eh tak payahlah ayah…” sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.
“Kenapa, dah kaya?” usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi ‘dikebas’ oleh saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya
berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.
Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading. Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya.Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami,tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!
Anda ingin tah apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama :
“Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan ‘liabiliti’ tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu
sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.
“memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa.”
Baiklah, inilah sebenarnya rahsia ‘perniagaan’ yang jarang-jarang diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada?
Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!
****
Cerita ini saya dapat melalui email, maka saya ingin berkongsi dengan semua pembaca blog ini. Perkongsian ini agar kita dapat membuka hati dan minda kita. Penting menjadi sukarela dalam memberi serta berniat kerana Allah. Mudah-mudahan kita berada dalam golongan yang sentiasa di bawah Lembayung Rahmat Allah...
Insya Allah.
Sunday, August 7, 2011
Wednesday, July 27, 2011
Tuesday, July 19, 2011
N G O - NO GAJI OFFICER?
Kerja sukarela merupakan satu tugas yang tidak boleh dinilai dengan matawang. Ia merupakan tugas murni yang mempunyai ROH dan semangat yang kental untuk menghadapi setiap rintangan yang bakal ditempuhi. Ramai yang tidak faham dan persoalan yang akan diajukkan adalah APA YANG AKAN AKU PEROLEHI MENYERTAI NGO? Selalunya saya jawap penat lah. Apa lagi yang boleh dapat selain dari penat. Tapi bagi mereka yang suka dengan kerja sukarela mereka sudah pasti ada semangat yang mantap dalam mempertingkatkan kerja sukarela ini. Saya bergiat sangat aktif dalam NGO pada 1996. Ketika ini seorang pelajar yang muda remaja. Banyak yang saya tidak tahu dalam kerja sukarela. Tapi yang pastinya datang ke Institut GPMS, mengemas, memasak dan menjadi jurulatih jika perlu. Tapi senario berbeza dalam suasana hari ini. Sebab kehendak kerja sukarela ini tinggi tapi keperluan semasa pun mendesak untuk pastikan ia seiring.
Jikalah semua pertubuhan Belia dan NGO semuanya ada geran tahunan pentadbiran saya dapat rasakan ia akan lebih aktif dan mantap dengan pentadbiran yang tersusun dan terancang. Kebanyakkan yang aktif sebagai ahli dalam pertubuhan selalunya mereka yang ada ROH untuk memajukan diri dalam pertubuhan. Ramai yang serik sebenarnya tapi mereka jadikan satu pengalaman yang bermakna dalam menggerakkan pertubuhan NGO itu. Saya yakin dengan ketentuan Ilahi, dalam memajukan anak bangsa, pengorbanan masa, wang dan tenaga akan dipulangkan kembali oleh Allah dengan pelbagai cara. Cuma orang yang tertutup hati sahaja jarang melihat satu peluang yang Allah berikan kepada kita. Jika nak dikira serik sudah lama saya serik dalam NGO.
Sepak, terajang, maki hamun dan fitnah dalam NGO telah dilalui dengan perit sekali. Tapi sebagai manusia yang hanya ada Allah, mahu tidak mahu kita perlu NGADAP bak kata orang Perak. Mana mungkin menjawat satu jawatan dalam NGO menjadi satu kebanggaan tapi itu merupakan amanah serta tanggungjawab sebagai insan kerdil untuk pastikan anak bangsa di majukan. JIKA TIDAK KITA SIAPA LAGI. Hanya orang yang ingin dan teringin untuk majukan bangsa akan bersungguh-sungguh mencari dan menilai diri sendiri untuk pastikan manfaat itu dirasai oleh orang lain. Saya ini cuma beri pandangan, setelah lama berkecimpung dalam sepak terajang pertubuhan NGO ini.
Terpulang kepada pembaca blog ini untuk menilai diri sendiri. Adakah kita bersedia untuk bergerak dalam pertubuhan NGO. Memang benar kita ada kerja hakiki dan mempunyai gaji yang tetap. Tetapi di dalam NGO tidak dapat gaji, keluarkan gaji untuk NGO yang banyak dibuat oleh sukarelawan tegar. Jika dilihat ramai yang berbangga dengan jawatan tapi bukan ingin jalankan tanggungjawab. Kita renung kembali, sebenarnya saya dalam NGO ini saya belajar banyak perkara... Kawan jadi lawan, musuh jadi kawan, dan macam-macam lagi. Tapi redha dengan ketentuan Nya.
Berusahalah selagi ada hayat di kandung badan. Jadikan diri kita memberi MANFAAT kepada orang lain. Susah payah kita tidak perlu disebut atau minta simpati dari manusia, biarlah Allah yang akan balas kembali jasa yang kita taburkan. Kita akan berasa PUAS atas apa yang kita lakukan kebaikan untuk anak bangsa kita. Perjuangan ALIF, BA dan TA akan diteruskan walaupun badai yang datang...
Pejuang yang tidak didendangkan...
Monday, July 18, 2011
Setia Kepada Bos, Usaha Majukan Pertubuhan ...
As salam,
Panduan yang saya ingin berkongsi ialah :-
1. Bila dilantik banyakkan beristighfar dan redha setelah menerimanya.
2. Memahami skop tugas SETIAUSAHA dan banyak belajar dari orang sebelumnya atau orang lain yang pernah menjadi SETIAUSAHA. Usah kata pada diri, saya tidak tahu dan saya tak tahu atau saya tak boleh buat. (alasan ini selalunya dibuat oleh orang yang kalah)
3. Mengambil tugas yang diberi dengan hati terbuka dan tidak mengeluh dengan kesibukan masa yang terhad. Pastikan tugas tersebut dilakukan dengan baik.
4. Sentiasa membantu Pengerusi dalam apa jua tugas agar lebih seiring. 'BACK UP' - Pengerusi jika ada kata-kata yang tidak manis dilemparkan.
5. Positif dalam tujuan dan matlamat memajukan organisasi
6. Berani membuat perubahan dan sentiasa memaklumkan apakah perubahan yang ingin dilakukan terhadap organisasi.
7. Bersangka baik dengan kawan BOS, lawan BOS dan Musuh BOS.
8. Jangan cakap perkara yang tidak perlu, sokong - dorong - BOS bila bos mula mendiamkan diri.
9. Rangka kerja jelas kepada BOS dalam tempoh setahun dan menzahirkan perancangan tersebut mengikut KEMAMPUAN.
10. Sentiasa menjadi penyejuk bukan jadi pemanas !!!
Mungkin panduan ini adalah untuk saya. Saya sentiasa melihat kelemahan diri bagi membentuk kekuatan diri. Menyepi tidak bermakna tidak berkerja. Tetapi merangka kerja dalam diam merancang ia dalam diam lebih baik agar mengeluarkan sesuatu yang saya sendiri tidak jangkakan.
Kita mesti bekerja diluar kerangka pemikiran kita. Kita sentiasa bercakap TRANSFORMASI, tapi perubahan tidak pernah atau ingin kita laksanakan. Kini, hari ini, saat ini mulakan membuat perubahan pada diri dan jawatan yang kita pegang...
Pejuang yang tidak didendangkan...
Monday, July 4, 2011
Bukit Kepong (1981) Part 9
Untuk tatapan sahabat, yang berada dalam perjuangan. Keamanan yang ada janganlah mudah kita serahkan tanpa kita lihat sejarah yang lalu. Sejarah yang lalu, telah banyak mengajar kita agar kita mempertahankan agama, bangsa dan negara. Jika tidak kita, siapa lagi akan mempertahankan
Tonton dan hayati lah...
Perjuangan Yang Belum Selesai...
Tuesday, June 28, 2011
Hmmmm...
Rasa ingin menulis ini semakin menebal. Mana tidaknya, mencari masa untuk menulis sehinggga hari ini baru diketemukan. Menulis ingin meluahkan isi hati yang semakin bercelaru melihat manusia kian mempunyai hati yang hasad dalam melihat manusia lain. Saya menjadikan setiap halangan dan kejian itu menjadi satu sumber kekuatan dalam diri saya. Saya sedar ini merupakan cabaran yang perlu saya lalui dengan tenang dan sentiasa ingat kepada Allah yang sentiasa berada di sisi kita.
Selalu sangat keluar dari negeri orang, hinggakan rindu kepada negeri sendiri, isteri dan anak. Bila balik tengok anak dah boleh berlari. Dahsyat-dahsyat.. itu yang berlaku kini. Sehinggakan rindu kepada isteri dan anak semakin meningkat. Keluar dan keluar... hmmm.. Sebagai pemimpin kerdil dalam masyarakat tanggungjawab demi tanggungjawab perlu dilaksanakan dengan baik. Dalam satu blog di bahagian ruang chattingnya, ada nama hantu mana dok kutuk kita tak tido di siang hari. Ramai orang tak tahu kemana dan di mana kita pergi. Dan dalam blog kali ini saya menggunakan tulisan orang muda....
Tadi aku terkeluar satu ayat "selalu aku ikat skrew terlalu ketat sehinggakan tiada siapa dapat lepaskan, tapi bila aku sudah mula longgarkan ada orang tak boleh ikut rentak aku". Kadangkala, kita kena beri ruang dan masa orang sekeliling kita untuk membuat keputusan yang adil terhadap diri mereka sendiri. Bila keputusan tu bergantung kepada kita, kadangkala ia akan sentiasa bergantung kepada kita. Selagi kita bernama manusia, setiap kelemahan dan kekuatan akan kita bina hari demi hari. aku juga insan yang lemah yang masih mencari kekuatan diri sendiri. Dan aku juga masih belajar apa yang perlu dalam hati ini. Ada beberapa perkara yang aku longgarkan iaitu hubungan dengan sahabat, A Team, dan pertubuhan yang aku bawa. Bukan apa, kita perlu memberi ruang mereka bernafas menetapkan hala tuju mereka sendiri dalam pertubuhan. Jika kita masih menjadi penghalang kepada apa yang mereka fikirkan, maka mereka akan berterusan bergantung kepada kita.
Tapi bila dilonggarkan skrew, rupanya mereka masih perlukan kita membuat keputusan. Saya perlu melihat dari pelbagai sudut untuk membuat keputusan. Kadangkala keputusan yang drastik menyebabkan orang lain sukar untuk menerima keputusan yang sudah atau bakal kita buat. Maka saya longgarkan skrew tersebut sehingga pada akhir bulan Julai. Bulan Ogos bulan untuk muhasabah diri dan melakukan perubahan demi perubahan bagi membawa pertubuhan ulung ini pada masa akan datang... Saya cuba dan lakukan cara tersendiri bergaya dan mantap.
Pejuang Ulung yang tidak didendang...
Sunday, May 8, 2011
Jelajahi Diri...
Agak lama tidak menyentuh alat perhubungan elektronik ini. Sehinggakan kesibukan menjadi alasan yang paling kukuh untuk tidak menyentuh. Beberapa tanggungjawab baru diterima sehinggakan mengenepikan beberapa perkara penting dalam hidup. Ujian demi ujian ditimpa dan menguji keimanan itu yang pasti. Alhamdullilah, syukur kepada Allah dengan dugaan yang diterima serta kekuatan yang Allah berikan ini saya dapat hadapi. Senang untuk kita kata redha, tapi bila sudah berhadapan baru tahu. Setelah sekian lama lihat, dengar dan menghayati pelbagai karenah manusia, baru lah saya tahu bagaimana kawan dan lawan. Selalu kita ingat kawan sebagai sahabat yang paling rapat dalam hubungan seharian. Rupanya tidak, kawan adalah kawan, sahabat adalah sahabat. Tapi musuh selama ini merupakan sahabat yang paling baik dalam menjadi cermin diri saya selama ini.
Saya masih lagi belajar dalam kepimpinan. Banyak kelemahan dalam diri ini saya cuba perbaiki dari hari demi hari. Siapa kata dirinya sempurna itu bahaya. Saya dalam proses mempertingkatkan kekuatan diri. Selalunya ramai yang cuba mencari kelemahan orang lain. Tapi bagi saya biarkan orang lain mencari kelemahan yang pasti kita perbaiki diri rawat rohani perkasa peribadi. Dalam kepimpinan transformasi banyak perkara yang perlu kita lihat masa kini dan masa hadapan.
Transformasi membawa maksud perubahan rupa. Perubahan rupa yang tak elok kepada elok. Yang tak baik kepada baik. Tapi apa yang perlu kita ubah. Selalunya salah tafsiran dalam perubahan apa dan mengapa perlu kita laksanakan. Setakat ini saya telah mengembara beberapa negeri melihat dan menilai diri sendiri yang serba kekurangan. Maka macam-macam orang yang saya jumpa dan lihat tingkah laku. Rupanya warna warni kehidupan ini semakin jelas bila kita keluar dari kepompong kita selama ini.
Sambungan...
Monday, April 11, 2011
Kekal dan Selenggara Keupayaan Diri
Setelah beberapa kursus saya pergi menjadi peserta, urus setia, fasilitator, penceramah, pengendali dan penganjur, banyak pengalaman baru dan kesilapan yang sering saya lakukan tanpa saya sedari. Setiap kesilapan yang saya lakukan pasti saya muhasabah kembali apa yang perlu saya perkukuhkan. Saya perlu sedia menerima kritikan dan pembaharuan yang bakal diberikan oleh peserta atau saya sebagai peserta mesti berani menghadapi teguran dari pengendali kepada saya. Saya ingin berkongsi dengan pembaca apakah rintangannya dalam kita mengekal momentum perubahan yang bakal kita bawakan agar menjadi satu cetusan rasa kepada semua yang merasa...
Sebagai peserta kursus, keupayaan kita mungkin tinggi atau rendah bergantung kali pertama kita menghadapi tempat yang pertama kita pergi. Saya telah pun melalui proses yang bertentangan prinsip keselesaan saya. Mungkin dari luar rasa nak tempat yang ala hotel, tapi bila kita di tempat yang tidak seperti hotel, kita sebenarnya belajar satu perkara yang baru, merasai kesusahan orang lain. Pelbagai tanggapan negatif bila kali pertama peserta hadir ke kursus. Maka ini adalah peranan penting oleh fasilitator atau kem komandan untuk melenturkan rasa tidak puas hati atau ada yang meronta-ronta untuk pulang ke rumah. Macam-macam cara atau pun kaedah yang digunakan oleh fasilitator atau kem komandan untuk melenturkan perasaan meronta-ronta peserta untuk pulang. Mungkin ramai teruja bila atau sudah menjadi fasilitator atau kem komandan. Perit yang dihadapi semasa menjadi kem komandan atau fasilitator hanya mereka dan saya yang tahu.
Kadangkala kita perlu belajar apa jua tugasan yang diberikan. Mungkin ia baru tapi terimalah dengan hati yang terbuka agar kita dapat belajar dan meransang akal untuk bertindak dengan mantap dan bergaya. Saya rasa kita mesti letakkan sasaran satu hari mesti satu perkara baru yang kita pelajari. Secara tidak langsung memberi ransangan positif kepada diri. Kita mungkin boleh pelajari ilmu dari orang peserta, orang yang baru kita kenali, kanak-kanak atau pun orang tua yang banyak pengalaman. Bila mengendalikan kursus dari semua peringkat kita mulai belajar pelbagai ilmu yang mungkin kita tidak sedari. Saya masih lagi belajar untuk mengenali ilmu yang dipelbagaikan kebolehan dan keupayaan yang berbeza-beza dalam satu masa. Tapi yang pentingnya kita harus sedar mencari ilmu untuk meningkatkan keupayaan diri dan mengekalkan selenggaraan ini berkekalan.
Mengekalkan selenggaraan ini, dengan adanya PASAK JATIDIRI agar sukar untuk dipengaruhi oleh perkara-perkara yang tidak baik. PASAK dengan ilmu mendekati diri dengan Allah. Perkara kedua, mengisi diri dengan ilmu yang boleh manfaat diri dan orang lain. Perkara ketiga, menghormati kedua ibu bapa kita serta menghormati yang ada disekeliling kita. Perkara keempat, melayani orang lain dengan baik dan sentiasa menerima pendapat dan pandangan orang lain. Perkara kelima, sentiasa meningkatkan motivasi diri setiap hari dan setiap detik untuk pastikan gulungan momentum itu berterusan bagi memastikan ‘ROH’ atau semangat yang kuat berterusan.
Artikel ini akan disambung lagi...
KERIS PUSAKA BANGSAKU...
Sunday, March 27, 2011
Sunday, March 13, 2011
Mantap dan Bergaya
Fikir, Renung dan Pandang....
Thursday, March 3, 2011
Saturday, February 12, 2011
Sunday, February 6, 2011
LAMA VS BARU
Jika anda mahu menjadi orang yang baru dalam visi dan misi, anda perlu pastikan diri anda mesti bersedia. Risiko membawa perubahan rupanya terlalu banyak. Bila banyak 'kenderaan' lama di dalam sesebuah organisasi, maka perubahan akan bertambah perlahan. Sepatutnya perubahan mesti disokong agar sesebuah organisasi akan diJENAMA semula. Rupanya tak boleh pasal 'kenderaan' lama masih lagi dipakai dan keadaan masih tidak berubah. Maka sebagai pemandu 'kenderaan' lama yang ingin diwajah semula agak sukar kerana liku-liku yang kita lalu gentir rupanya. Menghadapi rintangan ini dari segi luaran nampak mudah, tapi dari segi dalaman bukan satu perkara mudah sudah menjadi satu bebanan. Bila pemandu kepada 'kenderaan' sudah berwajah baru, rupanya pemandu lama tak suka. Nak buat macam mana jika sudah tidak suka.
Membina generasi baru dalam pada masa yang sama, menaiktaraf kereta lama kepada kereta baru. Perkara itu selalunya memerlukan modal yang besar. Pembentukan generasi baru dan dahulu amat berbeza. Dahulu, kita faham semangat juangnya berkobar-kobar. Tapi sekarang berkobar-kobar juga tapi kaedah meniup semangat sedikit berbeza dari dahulu iaitu memerlukan pendorong-pendorong yang berbeza dari pelbagai sudut. Tidak dinafikan wang bukan perkara pokok dalam tugas sukarelawan tetapi wang adalah segala-galanya. Mana mungkin untuk bergerak tidak memerlukan wang. Masih lagi menggunakan petrol ataupun diesel untuk diisi bagi memenuhi keperluan kenderaan tersebut.
Sukarela boleh ditafsirkan bermacam-macam. Tapi kaedah bergerak untuk mencapai matlamat berbeza-beza mengikut tafsiran masing-masing. Sebab itu, kita sebagai 'orang lama' atau 'orang tua' perlu membimbing dan menegur dengan menggunakan mekanisme yang baik. Bukan salah menegur itu, tapi kaedah atau medium penyampaian mestilah baik dan tidak memalukan mana-mana pihak. Sebab itu, kita perlu bersatu dalam apa jua halangan dalam sesebuah organisasi. Jika ingin ikut nafsu ammarah ini, macam-macam nak buat. Tapi hati ini perlu dan mesti dekatkan diri dengan Pencipta Nya... jika tidak lain jadinya.
Betullah orang kata, bila kita dibawah jarang orang nak pandang pada kita. Bila kita di atas, apa yang kita pakai, apa yang kita makan pun orang dok perhatikan. Hairan, sampai ada orang hasad dan iri hati apa yang telah kita kecapi dan capai. Kadangkala kita jadi biasa pun orang hairan. Tapi apa-apa pun bersabar apa jua cabaran dan dugaan. Redho apa yang telah berlaku dan bakal yang berlaku. Sabar dan berfikir secara waras dalam apa jua keadaan. Serangan demi serangan mungkin akan bertambah atau pun berkurangan mengikut keadaan.
Sebagai penulis blog ini, sama-sama kita insafi dan muhasabah diri. Mungkin apa yang mereka katakan tentang diri kita mungkin berbeza apa yang telah kita lalui. Ramai yang kata dia kenal dengan kita, tapi mungkin itu dulu. Tapi mungkin sekarang, mungkin berbeza. Setiap manusia akan ada sifat untuk membuat perubahan dalam diri. Jika di dengar lagu Hijjaz ini.
Pandangan mata selalu menipu, pandangan akal selalu tersalah, pandangan nafsu selalu melulu, pandangan hati itu yang hakiki, kalau hati itu bersih. Tanya pada diri, adakah kita sudah bersihkan hati kita. Setiap hari, setiap jam, setiap minit, setiap saat dan setiap detik mungkin ada dosa atau pun pahala kita lakukan, termasuklah diri saya. Tiada manusia yang sempurna dalam hidup ini. Sebab itu, kita perlu perbaiki diri ini, agar sentiasa dekatkan diri dengan PenciptaNya.
Maka, coretan kali ini, untuk membawa pembaca ke arah yang meneroka kesilapan diri, serta memperbaiki diri agar bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW, iaitu 12 Rabiuawal ini, kita dapat mengikut contoh Rasullulah. Tidak banyak pun mungkin sedikit kita mampu untuk mengikut. Contohi dan perbaiki diri. Rawatlah rohani dan perkasakan peribadi. Saya menulis maka saya banyak juga silapnya juga, dan perlu perbaiki lagi dan lagi dan lagi....
Selamat Beramal... Panglima Perang, Keris Pusaka Bangsaku...
Monday, January 31, 2011
Monday, January 24, 2011
You Raise Me Up...
When I am down and oh my soul, so weary
When Troubles come and my heart burdened be
Then I am still and wait here in the silence
Until you come and sit while with me
You raise me up so I can stand on mountains
You raise me up to walk on stormy seas
I am strong when I am on your shoulders
You raise me up to more than I can be
You raise me up so I can stand on mountains
You raise me up to walk on stormy seas
I am strong when I am on your shoulders
You raise me up to more than I can be
You raise me up so I can stand on mountains
You raise me up to walk on stormy seas
I am strong when I am on your shoulders
You raise me up to more than I can be
You raise me up so I can stand on mountains
You raise me up to walk on stormy seas
I am strong when I am on your shoulders
You raise me up to more than I can be
You raise me up to more than I can be