Tuesday, January 18, 2011

Meniti Perubahan

Salam,

Rintangan harus ditempuhi dalam kehidupan seharian. Rintangan ibarat kayu atau batang besar yang menghalang dihadapan kita, maka mahu atau tidak kita perlu tempuhi untuk ke seberang sana. Jika kita tidak menempuhinya maka kita tidak akan tahu bagaimana keadaan di sana. Sebelum meniti sesuatu titian, persediaan ke arah perubahan mesti dilakukan. Jika tidak, ibarat berperang untuk menyerah tengkuk untuk disembelih. Dalam meniti perubahan, makin ramai bakal menghalang usaha ke arah perubahan.

Ibarat Luqman Al Hakim dan anaknya membawa keldai. Apa yang dilakukan ditunggang salah, tak tunggang pun salah. Orang sekarang lebih cenderung mencari kesalahan dari membantu membina Perubahan. Tidak salah menegur, tapi seeloknya biarlah menggunakan medium yang terbaik menegur secara berhikmah. Selalu kita suka mencari titik perbezaan dari titik persamaan. Jika tidak perubahan yang dibina akan menjadi sia-sia. Saya menyedari, bila memangku sesuatu jawatan ramai akan mencari kesilapan kita sebagai pemimpin. Sebagai pemimpin harus tenang apa yang bakal dihadapi. Mahu atau tidak sebagai pemimpin mesti membawa bersama 'organisasi' ke arah perubahan.

Dalam meniti onak duri perubahan ini, mahu atau tidak kenalah "HADAP' segala permasalahan yang bakal kita bawa. Saya lihat beberapa perkara yang perlu kita hadapi iaitu 1. orang yang suka cari masalah dengan kita. 2. Organisasi akan menjadi satu liabiliti bukan sebagai aset. 3. Membina keyakinan diri dan orang lain perubahan yang cuba kita bawa adalah benar. 4. Kita akan rasainya bila sudah berada dalam 'organisasi'.

Semakin hari perubahan demi perubahan akan kita laksanakan. Saya akui banyak kelemahan yang perlu kita perbaiki dari segi meningkatkan diri dengan ilmu dan dekati diri dengan Allah. Bukan satu perkara mudah tapi ia merupakan proses berterusan dalam membina keyakinan diri dan Allah Maha Kuasa atas segalanya. Maka saya menyeru diri saya sebagai penulis supaya kita buangkan sifat mazmummah iaitu perkara yang tidak baik mengata, mengumpat, mengutuk dan macam-macam. Bila banyak salah orang yang kita cari, maka salah kita makin terserlah. Dari itu, betulkan kesilapan 'saya' dan hisab diri 'saya' dalam 'saya' mencari rentak pemimpin.

Meniti perubahan yang saya bawakan sentiasa sedar bahawa dunia ini bersifat sementara tapi menjadikan dunia tempat kita beribadat. Dalam 'organisasi' adalah tempat kita mengajak manusia ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Jika tidak mampu maka berdiam dirilah atau tidak perlu mencari kesilapan orang lain. Jika ada tegurlah cara berhemah...

Ada TIGA kategori manusia :-

1. Orang yang suka mencari kesilapan orang lain dan mencari salah orang lain BELIAU di kategori orang yang GAGAL.

2. Orang yang suka menceritakan sejarah yang lalu dan bangga dengan sejarah yang lalu BELIAU di kategori orang yang SEDERHANA.

3.
Orang yang membina visi dan misi untuk di bina satu perubahan dan dijadikan sejarah masa hadapan BELIAU di kategori orang yang BERJAYA.

Tidak perlu menunding jari siapa dan di manakah aku? Cari lah kekuatan kita sendiri untuk membawa 'ORGANISASI' yang kita sayangi kita ke puncak KEJAYAAN. Adakah kita masih bangga dengan sejarah yang lalu tanpa kita rasa malu akan sejarah yang bakal kita tinggalkan pada masa hadapan? Adakah kita sedar sejarah yang lalu akan tinggal sebagai sejarah? Bagaimana meniti masa hadapan tanpa sejarah yang kita ingin banggakan?

Fikir-fikirkanlah, renung-renung dan pandang-pandang....

Panglima Perang - Keris Pusaka Bangsa ku

No comments:

Post a Comment